Oct 27, 2009

Alangkah bertuahnya..........

Pian dan Eman ditempatkan di dalam bilik wad yang sama. Kedua-duanya sudah bertahun-tahun menderita penyakit serius yang tak ada harapan untuk sembuh. Sepanjang waktu mereka hanya terbaring di katil memandang siling. Namun nasib Pian baik sedikit apabila setiap hari dia berpeluang duduk bersandar di katilnya. Setiap hari pada pukul 12.00 tgh, jururawat akan datang membantu Pian duduk. Ketika itu, doktor mudah menyedut air dari paru-parunya.

Walaupun sakit tapi Pian menanti saat itu dengan gembira kerana ketika itulah dia dapat duduk dan memandang keluar tingkap. Nasib Eman tidak sebaik Pian. Dia hanya mampu terbaring di atas tilam. Eman tidak ada peluang langsung untuk duduk. Tubuhnya tak berupaya lagi melakukan semua itu sekalipun dibantu. Sejak terlantar Eman sering bercerita mengenai kisah keluarga, rumah, pekerjaan dan keterlibatannya dalam perkhidmatan tentera.

Juga percutian bersama keluarga, tapi tidak dengan Pian. Setiap hari Pian akan duduk dan memandang keluar tingkap sepuasnya, sementara jururawat berusaha mengeluarkan air dari paru-parunya. "kau tahu, hari ini cuaca cerah. tasik besar kat tengah-tangah taman tu airnya biru. banyak itik dan angsa berenang," beritahu Pian. "Eh! Kasihan budak tu, bot mainannya tenggelam. Untung anak-anak sekarang, kapal mainan pun dan macam kapal betul. Dulu aku hanya buat daripada kertas," cerita Pian sambil ketawa.

Eman tersenyum mendengar cerita Pian.Matanya dipejamkan rapat-rapat dan membayangkan kanak-kanak sedang gelak ketawa berlumba bot. Kawanan itik dan angsa mematuk-matuk ikan di air. "Mmmmmmmmmmm! Indahnya di luar sana," Eman mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati pemandangan yang diceritakan oleh Pian. Kenangan manis zaman kanak-kanak menyerbu fikirannya. Sambil tersenyum mendengar keluhan rakan sebilik, Pian terus merenung tingkap. Kemudian dia meletakkan tanganya di dahi seperti orang menadah silau matahari. "Ceritakan lagi Pian, apa yang kau nampak,"Eman tidak sabar untuk mendengar selanjutnya. "Ada merpati dua sejoli sedang berpimpin tangan. Eeeeee, romantiknya.

Bunga-bunga ros sedang mekar di tepi jalan. Dannnn....di belakang sana aku nampak sebuah menara berlatarbelakangkan langit biru," cerita Pian bersungguh-sungguh. Eman tersenyum puas. Dia tak dapat melihat tetapi dapat membayangkan betapa indahnya bunga yang sedang mekar. Alangkah romantiknya pasangan kekasih berpimpin tangan. Selama satu jam itu Pian tak putus-putus bercerita tentang peristiwa yang berlaku di luar sana. Rawatan selesai Pian dibaringkan semula sehinggalah tengah hari esok. Pada suatu hari yang panas, Pian duduk merenung ke luar jendela sambil menjalani rawatan. Matanya bercahaya memerhati, kemudian dia menjengah ke kiri dan kanan lalu senyum. "Hari ini ada apa di bawah tue , Pian?" tanya Eman. "Ada perarakan kereta berhias penuh dengan bunga berwarna-warni. Perbarisan anggota tentera, pakaian beragam, kanak-kanak sekolah dan pancaragam," cerita Pian sambil tangannya dihayunkan untuk menunjukkan cara kanak-kanak sekolah itu memukul gendang. "Macam perarakan Hari Kebangsaan ke?" tanya Eman pula.

Di ruang matanya terbayang warna-warni perbarisan hari Kebangsaan yang selalu dilihatnya di TV sebelum terlantar. "Isy....lebih cantik daripada itu," balas Pian. Eman pejamkan mata dan cuba mendengar muzik pancaragam. Tapi telinganya tak dapa mendengar sebarang bunyi pun. "Mungkin terlalu jauh agaknya," Eman berbisik sendirian. Hari berlalu dan minggu bertukar. Suatu pagi, seperti biasa seorang jururwat datang membawa sebesen air mandian ke bilik Eman dan Pian seperti hari-hari biasa. "Selamat pagi PakCik Pian," jururawat yang biasa datang untuk mengelap badan Pian. Biasanya apabila dengar pintu dibuka Pian sudah tersenyum kemudian dengan ramah dia akan bertanya khabar jururawat itu. Tapi pagi itu Pian masih tidur. "Pak cik," panggil jururawat sambil menyelak selimut Pian apabila tidak ada jawapan. Kemudian dia perhatikan pesakit tua itu tidak bergerak dan dadanya tidak lagi berombak seperti selalu. Jururawat bertugas memeriksa nadi Pian, tidak ada denyutan. Kaki dan tangan Pian juga sejuk. Dalam keadaan kelam-kabut jururawat berlari memanggil doktor. "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun....." Pian disahkan meninggal semasa tidur. Satu per satu wayar yang berselirat pada badan ditanggalkan. Jenazah Pian diusung keluar.

Dengan pandangan sayu Eman mengiringi jenazah rakan sebiliknya. Tinggallah dia bersendirian, tidak ada lagi siapa yang akan bercerita padanya tentang keindahan di luar sana. Eman mengesat air matanya yang jatuh ke pipi. "Misi, boleh tukarkan katil saya ke tepi tingkap?" tanya Eman petang itu. Jururawat memenuhi permintaan Eman dengan senang hati. Setelah semua wayar disambungkan ke tubuhnya, Eman ditinggalkan sendirian. Perlahan-lahan Eman menggerakkan badannya. Walaupun terlalu sakit tapi dia tidak putus asa untuk menjengah ke luar tingkap. Cukuplah kalau dapat melihat dunia luar dari tingkap itu walau seminit. Tapiiiii......hanya dinding bangunan sebelah yang dapat dilihat. "Misi, kenapa saya tidak nampak taman, tasik dan bunga-bunga yang selalu diceritakan Pian," tanya Eman. "Taman, tasik, bunga-bunga???" jururawat terkejut. "Ya, seperti yang Pian selalu cerita,"beritahu Eman. Dengan senyum jururawat menjawab," Encik, Pak cik Pian tu hilang pernglihatan sejak jatuh sakit empat tahun lalu. Malah dia tak tahu pun tingkap tu menghadap dinding bangunan." "Habis, yang diceritakannya tu...?" soal Eman. "Encik," kata jururawat, "mungkin Pak cik Pian mahu menghiburkan encik yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mahukan encik sembuh dan dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Dia pernah beritahu saya, encik adalah sahabat yang paling disayanginya," kata jururawat itu. Tergamam Eman. Perlahan-lahan air matanya meleleh. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sedu. Padahal semasa jenazah Pian diusung dia tidak sesedih itu. Alangkah bertuahnya kita jika memiliki sahabat seperti Pian! Sekian.

p/s : wwwaaaaaaa..... sedeynyerrr.....

Sep 8, 2009

teringat...

tetibe aku teringat kat kengkawan lama kat rnd dolu... seronok sgt masa tu... aku dh tak rasa keseronokan seperti aku kat rnd dolu... gambar nih abng rizal yg amik... dia mmg suka snap gambo kitaorg... pas tu dia yg design kan cenggitu gaye nye... tapi gambo dia tak diletaknye skali... apadaaa....
kadang-kadang (errmmm..... slalu jugak sebenarnya) aku rindu sangat waktu tu... macam2 perangai kitaorg masa tu... apa yg kitaorg lakukan, bersama2... sama2 gelak, sama2 sedih, sama2 marah... aku pun banyak belajar tentang kehidupan, tentang kasih sayang, tentang benci, tentang sedih, tentang persahabatan dan banyak lagi...
tapi tu semua dulu... kini masing2 ada kehidupan sendiri... setelah kami dipecahkan, masing2 ikut haluan sendiri... yang tinggal hanya kenangan dan kasih sayang terhadap sahabat yang masih tinggal di hati... aku berharap kawan2 aku tak akan lupakan aku walau sesibuk mana pun diaorg seperti aku yang tak pernah melupakan diaorang... pada aku diorang adalah kawan yang paling superb yang pernah aku temui...

Aug 27, 2009

hari yang sengal...







tatau le ape kena ngan kengkawan aku sekali la ngan aku la... meroyan ke hapa ntah... tetibe si mariam dapat idea suruh posing ala2 hari raya... tapi muka masing2 plastik sgt... huhuhuhu.... tapi aku sker situasi cam nih... nnt2 aku leh story kat anak2 aku, cucu aku siap bg tengok gambar g.... hehehehe.... pape pun, check it out!!!!

Aug 21, 2009

Sehari Sebelum Ramdhan....






hari nih kitaorg lunch kat pizza hut ampang park... tapi lari dari opis ala2 kejam gak arrr... mana taknya, tetibe je semua kuar... tinggal bos ngan staff kesayangannya berdua je kat opis... kitaorg cabut g ampang park.. zalim taww... tak baik....

aku ngan wan z tumpang kete en. manan... farah ngan asma tumpang kete mariam... kak shin, han ngan junaidi tumpang kete lan... memula plan nk g KFC... skali, tade meje... dah la kakak yang keje mop2 lantai kat KFC tu garang... tanya sikit, marah2 plak... last2 kitaorg g tingkat atas, makan pizza... sebenarnya, kitaorg celebrate besday wan z ngan farah... tempat kitaorg dok tu, kurang aircond... panassss sssiiyoooooottttt..... tu la antara gambar2 yg sempat kitaorg snap... sebenarnya banyak g... tapi cukupla sekadar tu yang aku letak... oklah... masa dah time... mau pulang... jap g kang pukul 6.30 nak naik bas balik temeloh... esok kan pose... permulaan pose nih, nak la bermanja2 ngan bonda dan ayahnda tercinta... hehehehehe... oklah.. chow cin cau...


Jan 7, 2009

sabarrrrrr.....

aku tatau la skang nih... terasa aku sgt dipinggirkan kat opis... psl apa, aku pun tataw... mungkin lately nih aku jarang join apa2 aktiviti sosial ngan officemate aku kot... bukan tanak join, tapi aku rasa kawan aku bukan setakat satu bahagian ngan aku jer tapi satu organisasi nih kawan aku...
cuma officemate aku nih je yang tanak bergaul ngan org lain... dan, aku sangat terasa bila ada sesuatu, aku lah org terakhir yg akan dpat tau...

aku tak pandai hipokrit... kalau aku tak suka, kalau aku badmood, kalau aku tak setuju ngan diaorg aku akan diamkan diri aku.... aku tak pandai nk simpan riak muka aku... aku rasa tader semangat langsung nk g pejabat... aku slalu rindu zaman aku bersama kawan2 aku satu masa dahulu di bahagian lama... aku rindu situasi tu... aku rindu kawan2 aku walaupun aku taw diaorg skang tak penah ingat kat aku dah...

aku dah bosan... aku dah bosan... aku sangat berharap aku ditukarkan ke cawangan atau bahagian lain sebelum hati aku makin parah... huhuhuhu.... bila la agaknya impian aku ni nk tercapai...