Dec 2, 2010

coret-coretan...

dah lama aku terpikir nk story kat sini tapi baru hari nih aku betul2 yakin nk tulis... sebenarnya tak de apa2 pun yang menarik yang nk aku citerkan.... cuma aku selalu terpikir, bila kita lihat seseorang itu bergembira, ketawa ceria seperti tiada masalah membelengu, pernahkan kita terfikir, berapa RM kah yang ada dlm dompet duit dia???

bukan aku busy body tapi itulah hakikat yang nk aku ketengahkan di sini... bape org antara kita dgn tidak segan silunya berkata, "hari nih aku ada cuma RM1 sja dlm beg aku nih".... tak de kan... kalau ada pun amat jarang kita dgr.... dan selalunya dlm beg duit mmg ada RM1 tapi dlm akaun bank ada ratus2 atau ribu2 lagi.... tahukah kita bahawa kawan yg berada di hadapan kita sekarang mungkin mmg tiada duit pun dlm beg dan dalam akaun??? tapi kenapa dia sentiasa ceria dan ketawa seperti tiada masalah kalau tak de duit....

teringat kat Puan Norma yang ikut penceramah baru2 nih kat opis aku... Puan Norma nih just snap gambar kitaorg je tapi pengalaman hidup yang dia ceritakan membuatkan aku teruja... dia dh pergi ke serata dunia... macam2 pengalaman pahit manis dia dh tempuhi.... dia cerita dia pernah tak cukup duit utk mengembara.... untuk bayar tol pun dia tak mampu... ketika itu aku terdengar suara2 kecil mengatakan "eh, cam ne sampai duit tol pun tak de??? boleh hidup ke tak de duit??" tapi Puan Norma cakap, dia tetap keluar mengembara... kalau tak de duit bayar tol, naik bas... kalau tak de duit nk bayar tambang bas, jalan kaki... janji kita rasa bahagia apa yang kita lakukan... ye, betul tu... kita mesti rasa bahagia dalam apa jua kita lakukan... adakah duit itu masih penting??? adakah duit itu kebahagiaan???

mmg duit itu penting... semua org perlukan duit... aku pernah terbaca tapi tak ingat di mana... duit bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit... eerrrmmmmm..... jika seseorang tak 'berduit' apakah dia tak layak untuk bahagia??? dan jika seseorang yang kaya raya dan banyak duit itu adakah dia dah cukup bahagia??? adakah sosilawati cukup bahagia mempunyai duit yang banyak sehingga dia mati dibunuh dengan kejam????

kadang2 aku tak paham dgn perangai sesetengah orang terutamanya yang ada kat sekitar aku nih... jika kita mendapat maklumat seseorang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, kita selalu dermakan duit kan??? kadang2 kita nk membantu tapi kita sendiri kekurangan duit utk membantu... mcm mana tu??? ada manusia2 sekitar aku nih bila keadaan ini berlaku, dan ada antara kawan2 yang tak menderma, dikatakan kedekut... tak pun diperli2 kawan tu... mungkin mmg ada yang kedekut duit untuk menderma, tapi dia tak harus terus menghukum seseorang itu kalau tak tahu keadaan sebenar... tak semua orang sentiasa senang...

pernahkah kita terfikir kawan kita tak ada duit untuk makan??? mmg setiap kali ajak makan, mungkin alasan yang diberikan "diet" ataupun "dah kenyang"... tapi dibelakang kita, kawan kita tu menangis menahan kelaparan dan minum air masak setiap kali perutnya berbunyi minta makanan... sedih kan... orang yang mempunyai harga diri tak mungkin akan meminta2.... dia tak kan beritahu masalah dihadapinya kecuali kepada kawan karibnya... tapi, pernahkah kita terfikir semua itu??? padahal ia terjadi kepada kawan yang berada dihadapan kita.... kenapa kita tak pernah fikirkan??? sebab dia sentiasa ceria dan bahagia.....

ok lah... cukuplah sampai sini dulu kang mengarut2 lagi citer yang keluar.... peristiwa2 yang aku citerkan tadi semua aku dah tempuhi... tapi seorang pun tak tahu... kenapa??? sebab aku bukan jenis manusia yang meminta2.... apa-apa pun fikirlah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk... insya allah jika aku senang sikit, aku tak lupa kawan2 yg banyak membantu aku dan kawan2 yang dalam kesusahan... diaorang tak buleh tipu aku ngan alasan2 yang diberi sbb aku faham apa yang diaorg lalui.... okeylah chow...

Nov 9, 2010

penatttt...

uhh... penatnya jap g kena drive g ampang utk amik asbenku dr keje... jem giler tu.... aduyaaaiiiiiii.....

Jun 2, 2010

Uniknya kejadian buah kurma



ari nih nk citekan pasal buah kurma pulak... nih aku dapat dr emel... diceritakan oleh krew RTM... marilah kita kongsi citer nih sesama...

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yan berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh.
Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

" Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long. Pokok Tamar ayah saudara kita....

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,"Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya.
Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

May 28, 2010

Al Kisah Mustafa Kamal Atartuk


hari nih aku nk citekan kisah Mustafa Kamal Artatuk... bagaimana dia modenkan Islam di Turki dengan cara yang salah... dan bagaimana balasan Allah kepada dia semasa hidup dan setelah dia mati... semoga kita dpt pengajaran dr kisah ini.. marilah kita renung-renungkan...

Assalammualaikum,

Buat renungan bersama. Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam.

May 27, 2010

nak start balik...

ingat nk start balik tulis blog... masalahnye aku nih ikut mood.... mood menulis ada tapi mood nk amik gbr kureng... padahal kalau nk menulis musti la letak gbr, baru la best... oklah... untuk langkah yang pertama, aku post balik citer2 yg penah aku post kat multiply... aku sker gak citer2 tu.. tapi aku post sket2 la baru npk cm aktif sket... citer idup aku dr masa ke semasa, insya allah aku cuba create kan gak... ok lah... layaaannnnn


Pian dan Eman ditempatkan di dalam bilik wad yang sama. Kedua-duanya sudah bertahun-tahun menderita penyakit serius yang tak ada harapan untuk sembuh. Sepanjang waktu mereka hanya terbaring di katil memandang siling. Namun nasib Pian baik sedikit apabila setiap hari dia berpeluang duduk bersandar di katilnya. Setiap hari pada pukul 12.00 tgh, jururawat akan datang membantu Pian duduk. Ketika itu, doktor mudah menyedut air dari paru-parunya.

Walaupun sakit tapi Pian menanti saat itu dengan gembira kerana ketika itulah dia dapat duduk dan memandang keluar tingkap. Nasib Eman tidak sebaik Pian. Dia hanya mampu terbaring di atas tilam. Eman tidak ada peluang langsung untuk duduk. Tubuhnya tak berupaya lagi melakukan semua itu sekalipun dibantu. Sejak terlantar Eman sering bercerita mengenai kisah keluarga, rumah, pekerjaan dan keterlibatannya dalam perkhidmatan tentera.

Juga percutian bersama keluarga, tapi tidak dengan Pian. Setiap hari Pian akan duduk dan memandang keluar tingkap sepuasnya, sementara jururawat berusaha mengeluarkan air dari paru-parunya. "kau tahu, hari ini cuaca cerah. tasik besar kat tengah-tangah taman tu airnya biru. banyak itik dan angsa berenang," beritahu Pian. "Eh! Kasihan budak tu, bot mainannya tenggelam. Untung anak-anak sekarang, kapal mainan pun dan macam kapal betul. Dulu aku hanya buat daripada kertas," cerita Pian sambil ketawa.

Eman tersenyum mendengar cerita Pian.Matanya dipejamkan rapat-rapat dan membayangkan kanak-kanak sedang gelak ketawa berlumba bot. Kawanan itik dan angsa mematuk-matuk ikan di air. "Mmmmmmmmmmm! Indahnya di luar sana," Eman mengeluh kerana tidak berpeluang menikmati pemandangan yang diceritakan oleh Pian. Kenangan manis zaman kanak-kanak menyerbu fikirannya. Sambil tersenyum mendengar keluhan rakan sebilik, Pian terus merenung tingkap. Kemudian dia meletakkan tanganya di dahi seperti orang menadah silau matahari. "Ceritakan lagi Pian, apa yang kau nampak,"Eman tidak sabar untuk mendengar selanjutnya. "Ada merpati dua sejoli sedang berpimpin tangan. Eeeeee, romantiknya.

Bunga-bunga ros sedang mekar di tepi jalan. Dannnn....di belakang sana aku nampak sebuah menara berlatarbelakangkan langit biru," cerita Pian bersungguh-sungguh. Eman tersenyum puas. Dia tak dapat melihat tetapi dapat membayangkan betapa indahnya bunga yang sedang mekar. Alangkah romantiknya pasangan kekasih berpimpin tangan. Selama satu jam itu Pian tak putus-putus bercerita tentang peristiwa yang berlaku di luar sana. Rawatan selesai Pian dibaringkan semula sehinggalah tengah hari esok. Pada suatu hari yang panas, Pian duduk merenung ke luar jendela sambil menjalani rawatan. Matanya bercahaya memerhati, kemudian dia menjengah ke kiri dan kanan lalu senyum. "Hari ini ada apa di bawah tue , Pian?" tanya Eman. "Ada perarakan kereta berhias penuh dengan bunga berwarna-warni. Perbarisan anggota tentera, pakaian beragam, kanak-kanak sekolah dan pancaragam," cerita Pian sambil tangannya dihayunkan untuk menunjukkan cara kanak-kanak sekolah itu memukul gendang. "Macam perarakan Hari Kebangsaan ke?" tanya Eman pula.

Di ruang matanya terbayang warna-warni perbarisan hari Kebangsaan yang selalu dilihatnya di TV sebelum terlantar. "Isy....lebih cantik daripada itu," balas Pian. Eman pejamkan mata dan cuba mendengar muzik pancaragam. Tapi telinganya tak dapa mendengar sebarang bunyi pun. "Mungkin terlalu jauh agaknya," Eman berbisik sendirian. Hari berlalu dan minggu bertukar. Suatu pagi, seperti biasa seorang jururwat datang membawa sebesen air mandian ke bilik Eman dan Pian seperti hari-hari biasa. "Selamat pagi PakCik Pian," jururawat yang biasa datang untuk mengelap badan Pian. Biasanya apabila dengar pintu dibuka Pian sudah tersenyum kemudian dengan ramah dia akan bertanya khabar jururawat itu. Tapi pagi itu Pian masih tidur. "Pak cik," panggil jururawat sambil menyelak selimut Pian apabila tidak ada jawapan. Kemudian dia perhatikan pesakit tua itu tidak bergerak dan dadanya tidak lagi berombak seperti selalu. Jururawat bertugas memeriksa nadi Pian, tidak ada denyutan. Kaki dan tangan Pian juga sejuk. Dalam keadaan kelam-kabut jururawat berlari memanggil doktor. "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun....." Pian disahkan meninggal semasa tidur. Satu per satu wayar yang berselirat pada badan ditanggalkan. Jenazah Pian diusung keluar.

Dengan pandangan sayu Eman mengiringi jenazah rakan sebiliknya. Tinggallah dia bersendirian, tidak ada lagi siapa yang akan bercerita padanya tentang keindahan di luar sana. Eman mengesat air matanya yang jatuh ke pipi. "Misi, boleh tukarkan katil saya ke tepi tingkap?" tanya Eman petang itu. Jururawat memenuhi permintaan Eman dengan senang hati. Setelah semua wayar disambungkan ke tubuhnya, Eman ditinggalkan sendirian. Perlahan-lahan Eman menggerakkan badannya. Walaupun terlalu sakit tapi dia tidak putus asa untuk menjengah ke luar tingkap. Cukuplah kalau dapat melihat dunia luar dari tingkap itu walau seminit. Tapiiiii......hanya dinding bangunan sebelah yang dapat dilihat. "Misi, kenapa saya tidak nampak taman, tasik dan bunga-bunga yang selalu diceritakan Pian," tanya Eman. "Taman, tasik, bunga-bunga???" jururawat terkejut. "Ya, seperti yang Pian selalu cerita,"beritahu Eman. Dengan senyum jururawat menjawab," Encik, Pak cik Pian tu hilang pernglihatan sejak jatuh sakit empat tahun lalu. Malah dia tak tahu pun tingkap tu menghadap dinding bangunan." "Habis, yang diceritakannya tu...?" soal Eman. "Encik," kata jururawat, "mungkin Pak cik Pian mahu menghiburkan encik yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mahukan encik sembuh dan dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Dia pernah beritahu saya, encik adalah sahabat yang paling disayanginya," kata jururawat itu. Tergamam Eman. Perlahan-lahan air matanya meleleh. Bahunya terhinggut-hinggut menahan sedu. Padahal semasa jenazah Pian diusung dia tidak sesedih itu. Alangkah bertuahnya kita jika memiliki sahabat seperti Pian! Sekian.

p/s : aku sker sgt citer nih...