Apr 7, 2011

INFO....

Bengkak Otak -- Cara merawatnya

Darah beku
Ia boleh mengakibatkan pelbagai kesan kepada pesakit. Sekiranya kuantiti darah melebihi 20cc, pesakit akan mengadu sakit kepala, jika meningkat 60cc, pesakit boleh lumpuh.

Jika jumlah darah meningkat hingga 80cc, pesakit boleh koma.
~ sib baik anak aku tak koma...

Bengkak otak
Ia adalah pembunuh 90 peratus mereka yang mengalami kecederaan otak yang teruk. Ini kerana, musuh utama bengkak otak ini ialah tempurung kepala pesakit sendiri.

Tempurung otak manusia yang telah bercantum, tidak akan mengembang lagi.

Apabila pembengkakan berlaku, otak akan cuba mencari ruang dengan pergi ke lantai otak bagi membolehkannya mengembang.
~doktor ada terangkan menda nih sebelum wat operation ari tu...

Terdapat satu lubang terletaknya pangkal otak. Pangkal otak bersambung pada korda tunjang. Otak, akan menolak pangkal otak turun dari kedudukannya akan memberi kesan kepada pesakit.

Himpitan pada pangkal otak ini menyebabkan pernafasan, denyutan nadi dan tekanan darah akan terganggu.
~ yang ni pun... sib baik aku faham walaupon masa tu aku rasa cm tak leh pikir apa2 dh...

Sistem pernafasan yang dikawal oleh pangkal otak boleh mengakibatkan pesakit mengalami:
- Nafas terhenti (apnea)

- Tekanan darah akan meningkat atau menurun

- Mati otak.

Teknik-teknik pembedahan merawat pembengkakan otak

- Mengeluarkan cecair otak
Kaedah yang dikenali sebagai intracranial pressure ini menggunakan tiub ke dalam ventrikel otak untuk mengeluarkan cecair otak, tanpa memudaratkannya.
~ oooo... menatang nih la yang aku nengok ari tu kat kepala anak aku... tapi ngeri wooo... siap ada cecair darah kuar....

- Pembedahan membuang darah beku
Pakar bedah akan membuka tempurung kepala dan membuang darah beku. Pendarahan boleh berlaku sama ada pada selaput tebal di luar otak (extradural) atau di bawah otak (subdural).
~ errmmm.... dan anak aku dh berjaya dibedah... alhamdulillah, semua selamat... doktor bagi tau pendarahan di luar otak...

Bagaimanapun, jika otak masih bengkak, pakar bedah perlu melakukan alternatif lain untuk menyelamatkan otak.

Satu `pintu' pada tempurung kepala akan dibuka yang dikenali sebagai decompressif craniectomy bagi memberi ruang kepada otak yang bengkak.
~ ye betul... sampai skang, lebih kurang tiga minggu dh anak aku hidup tanpa sebahagian tempurung kepala...

- Mengeluarkan tempurung kepala
Kaedah ini diumpamakan seperti `membuka pintu' untuk memberi laluan kepada mereka yang terperangkap dalam bangunan tertutup semasa kebakaran.

Pakar bedah akan mengeluarkan tempurung kepala (decompressif craniectomy) dengan anggaran 12 sentimeter, memotong dan kemudiannya melonggarkan selaput otak.

Otak yang terdedah ini ditutup dengan polimer tiruan, bagi mengelakkan sebarang kebocoran atau jangkitan pada otak.

Apabila, pembengkakan ini reda, tempurung asal kepala boleh dijahit semula. Kepada pesakit yang `tidak sedar', kaedah ini merupakan usaha terakhir untuk menyelamatkan mereka. Jika tidak, pesakit kemungkinan meninggal dunia akibat mati otak.

Sekalipun teknik ini digunakan, pembengkakan otak juga boleh berlarutan hingga enam bulan. Sehubungan itu, lebih cepat tempurung kepala dibuka, peluang pesakit untuk sembuh lebih cerah.

Ini kerana, ia dapat membantu menurunkan tekanan pada otak, pada masa yang sama dapat memberi oksigen dan bekalan darah yang mencukupi untuk otak.

Bagaimanapun, segelintir pesakit yang pulih enggan menampal semula tempurung kepala ini. Sekalipun ia tidak menjejaskan kehidupan, mereka terdedah dengan risiko:

- Hentakan pada kepala - orang dewasa atau kanak-kanak yang baru belajar berjalan

- Sakit kepala apabila terkena cahaya matahari terik

- Perubahan atmosfera - menaiki pesawat, menyelam.

Pembedahan, hanya satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi pembengkakan otak terminal kerana hingga hari ini, belum ada ubat-ubatan yang begitu mujarab untuk meredakan otak yang bengkak.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0502&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_0

Darah beku punca sakit kepala

Darah beku punca sakit kepala

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

SIAPA sangka, bermula dengan masalah sakit kepala yang dianggap migrain, hanya dalam tempoh setahun kesan akibat masalah berkenaan menjadi lebih teruk.

Itu yang berlaku kepada Saiful Nizam Mohamad, 26, pada awal 2005. Tanpa menyedari masalah itu sebenarnya serius kerana membabitkan salur darah dalam otaknya, pada penghujung 2005 Saiful bukan saja tidak mampu menahan sakit, malah dia turut berdepan masalah baru apabila penglihatannya menjadi kabur dan tangan kanannya semakin lemah.

Kemuncak kepada masalah berkenaan ialah, satu ketika Saiful tidak lagi mampu bekerja, memandu kereta dan melihat makanan di depan mata.

Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV semalam, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu menemui Pakar Bedah Otak dan Saraf, Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Dr Abdul Muin Ishak bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Hasilnya, Saiful dikesan menghidap sejenis penyakit dikenali Arteriovenous Malformation (AVM) yang membabitkan masalah pembentukan salur darah tidak normal di bahagian otak. Lebih membimbangkan, salur darah itu pecah, mengakibatkan berlaku pendarahan dalam otak.
~ adakah anak aku ada penyakit nih???? tak pe, kita tunggu apa doktor kata lepas rawatan bulan 5 nnt (masuk wad lagi... huhuhuhuhu....)

Justeru, menurut Dr Abdul Muin, adalah penting Saiful menjalani pembedahan bagi membuang salur darah berkenaan sebelum berlaku komplikasi lebih teruk sehingga membawa maut.

Bagaimanapun, Saiful keberatan menjalani pembedahan apabila pelbagai pihak, terutama rakan, memberikan persepsi menakutkan terhadap kesan yang bakal diterimanya.

Namun selepas diberi penerangan rapi oleh doktor mengenai semua risiko yang mungkin berlaku, Saiful akur dengan nasihat doktor kerana jika penyakitnya dibiarkan tanpa pembedahan, risiko lebih besar menantinya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Muin berkata, berdasarkan pengalamannya, ramai pesakit tidak tahu mereka ada penyakit AVM dalam otak, menyebabkan 60 peratus pesakit berkenaan menjalani pemeriksaan doktor selepas berlaku pendarahan dalam otak.
~ erkkk?????

Katanya, penyakit AVM dikesan berpandukan simptom yang berlaku kepada pesakit.

“Selain simptom yang ada pada Saiful, ada juga pesakit AVM menderita masalah sawan.
~ anak aku dh diberi makan ubat sawan walaupon setakat nih dia tak de masalah nih...

“Berdasarkan kajian, pesakit AVM seperti Saiful yang kali pertama menderita penyakit berkenaan mempunyai 50 peratus kemungkinan menderita penyakit sama, malah boleh membawa maut,” katanya.

Sebelum pembedahan, Saiful menjalani pemeriksaan mata dengan pakar bedah mata, Dr Rozita Ahmad. Ini kerana, bahagian otak yang akan dibedah membabitkan bahagian otak yang mengawal penglihatan.
~ errrr.... tak pulak tapi 8 april nih mmg anak ada rawatan mata kali kedua.. kali pertama masa dlm wad tapi tak tau apa keputusannya sbb tak de sapa ikut dia g pemeriksaan...

Selepas pemeriksaan mendapati bahagian penting mata seperti kornea, urat mata dan retina dalam keadaan baik, tiada masalah untuk Saiful menjalani pembedahan.

Menurut Dr Abdul Muin, Saiful dibedah menggunakan kaedah craniotomy membabitkan pembukaan sebahagian kecil tempurung kepala.

Katanya, ia kaedah terbaik yang dapat menghalang pendarahan daripada berulang.

Pembedahan dimulakan dengan prosedur awal membabitkan pemberian bius dan mengambil alih pernafasan Saiful menggunakan mesin.

Sejenis alat dinamakan ‘mayfield head clamp’ kemudian digunakan bagi menstabilkan kepala dan menghalang sebarang pergerakan di kepala Saiful.

Untuk ‘melekatkan’ alat berkenaan, tebukan kecil pada bahagian kiri dan kanan kepala Saiful dibuat sebelum diikat menggunakan skru yang menembusi kira-kira dua milimeter ke dalam tempurung kepala.

Pembedahan terhadap Saiful perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti kerana bahagian bermasalah terletak berdekatan salur darah utama otak.

Disebabkan itu, selain menandakan bahagian kulit kepala yang akan ‘dibuka’ melalui kaedah insisi, Dr Abdul Muin menandakan salur darah itu bagi mengelak insisi dilakukan di bahagian berkenaan kerana sebarang kecederaan boleh membawa maut.

Suntikan bius setempat dan penggunaan klip khas yang bertindak mengecutkan salur darah dan mengurangkan pendarahan turut dilakukan pada bahagian kulit yang dibuka.

Pada masa sama, pemotongan lapisan bawah kulit kepala menggunakan alat ‘diathermy’ mampu menghentikan pendarahan berikutan ia bertindak membakar salur darah terbabit.

Sebelum tebukan pada tempurung kepala dilakukan, selaput pada tempurung dikikis. Empat tebukan menjadi panduan bagi Dr Abdul Muin bagi mengeluarkan tempurung kepala berkenaan.

Ia dilakukan menggunakan alat gergaji khas yang berkemampuan untuk memotong tempurung kepala.

Sebaik dikeluarkan, kelihatan otak Saiful mengalami tekanan tinggi dan menekan pada bahagian tempurung kepala.

Membran ‘dura’ yang melindungi jangkitan kuman pada bahagian otak kemudian dipotong untuk membolehkan bahagian sebenar otak Saiful ‘diteroka’.

Meskipun kedudukan salur darah bermasalah di bahagian otak Saiful dikesan melalui pemeriksaan pengimbas otak Imej Gema Magnetik Berfungsi (MRI) dan angiogram, saiz dan kedudukan sebenar salur darah itu hanya dapat diketahui ketika pembedahan dilakukan.

Memandangkan otak bahagian yang sangat sensitif, usaha mengesan salur darah dilakukan dengan berhati-hati tanpa membuang sebarang tisu di bahagian otak sehingga terpaksa mengambil masa lama.

Ketika proses mengesan dilakukan, sejenis cecair digunakan bagi memastikan otak sentiasa dalam keadaan basah kerana jika otak dibiarkan kering, salur darah mungkin mengembang dan pecah, mengakibatkan masalah pendarahan tidak terkawal.

Pada masa sama, dua pain bekalan darah diberikan kepada Saiful bagi menggantikan darah yang hilang ketika pembedahan.

Dalam tempoh dua jam, prosedur pembedahan yang dianggap paling kritikal dan berisiko itu berjaya dilakukan. Segumpal darah beku yang menjadi punca kepada masalah sakit kepala Saiful dan bahagian salur darah bermasalah ditemui.

Darah beku berkenaan berjaya dikeluarkan, manakala salur darah bermasalah itu dibakar menggunakan alat ‘diathermy’ dan turut dikeluarkan.

Selepas memastikan tiada pendarahan, membran ‘dura’ yang menyelaputi otak disambung semula, diikuti dengan ‘mengikat’ semula bahagian tempurung kepala yang dikeluarkan menggunakan empat plate dan lapan skru titanium.

Dr Abdul Muin berkata, tempurung kepala Saiful akan bersambung semula dan dianggarkan mempunyai tahap kekuatan seperti sedia kala dalam tempoh tiga hingga enam minggu.

Katanya, plate dan skru titanium yang digunakan pula dijamin selamat dibiarkan kekal di tempurung kepala Saiful.
~ errrkkk.... mak ckp, nurse ada bagitau dia pasal nih... skru tu akan diguna masa nk pasang balik tempurung kepala tu... yang nih, opis tak support sbb ianya peralatan... huhuhuhuhu... kena sedia RM banyak2 la pas nih...

Selepas lapisan dalam kulit dijahit menggunakan sejenis benang yang mampu larut sendiri, lapisan luar pula ditutup menggunakan ‘stapler’ untuk tempoh seminggu sebelum di buka semula, pembedahan Saiful selesai mengikut perancangan dalam tempoh lima jam.

Saiful yang ditemui wartawan Medik TV, Irin Putri Azmi tiga hari selepas pembedahan dilakukan, kelihatan ceria dan menunjukkan tanda semakin pulih daripada penderitaan dialami.

Untuk pulih sepenuhnya, Saiful dinasihatkan doktor supaya berehat dua bulan

di ambil dari : http://promote5.blogspirit.com/archive/2005/09/24/darah-beku-punca-sakit-kepala.html

No comments: