berat ati aku sebenarnya nak wat entry nih... tapi aku gagahkan jua ati ini.... 12 februari 2014 adalah satu tarikh yang amat mengharukan... perginya seorang insan yang sangat baik.... musti kalau ada yg baca blog aku nih, mesti ckp "eleh, org update pasal kak faez, dia pun sebok nk update... blog dh la sepi..." ok... apa yg aku nk citer sini adalah pandangan peribadi aku ttg arwah.... mungkin orang tatau, dia adalah insan yang aku sayang di kraftangan nih....
aku mula kenal ngan arwah masa aku masih di RND... masa tu pegawai aku en. toji... kak faez selalu datang kat aku sbb nak cari gambo2 produk lama... masa tu aku jaga dan edit gambo2 produk yang lama.... ye la, masa tu mana aku nak kenal org... yang aku kenal kawan2 aku kat RND je... staff lain aku kenal dua tiga org je.... 1 disember 2005, aku dapat jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir (P/O) dan ditempatkan di Bahagian Perhubungan Awam... masa tu boss adalah kak sab (Puan Sabrina) dan pegawainya adalah Kak Faez, Fazlin, Irwan dan Kak Shina... sehingga kak sab pencen, kak faez naik jadi pengarah iaitu bos aku... dr pegawai sehingga jadik bos, kak faez seorang yang open, yang kelakar (kalau gelak, mmg kuat), sempoi, ceria dan macam2 lagi.... dia pun selalu kirim macam2 kat mak... banyak kenangan ngan dia... tapi sayangnya, aku tak banyak gambo dia....
dari 4 orang staff, irwan dipindahkan ke Sabah... diganti ngan azlan... kemudian wan z dan tasha... aku rasa masa tu bahagian PR sangat seronok... boss plak sporting... antara kerja gila yang kami buat ialah reka kad raya stail akhbar... pegi outstation ke pekan naik keta kak faez beramai2... siap tayar pecah lagi... hahahaha... anak kak faez siap soh aku tukar tempat duduk lg sbb takut tayar pecah lg... hahahahaha.... anak2 kak faez pun slalu datang opis... diaorg pun kenal kitaorg.... ingat lg masa dato' zakiah nak pencen... kak faez setuju nak bagi dato' kucing... dengan bantuan danny, dapat gak anak kucing bulu kembang yang kitaorg bagi nama 'bee'....
sehinggalah kak faez ditukarkan ke bahagian promosi, menjadi pengarah kat sana... akulah antara org yang paling sedih.... aku tak malu dah waktu tu nangis2.... setiap tahun kalau salam ngan pengarah2 atas stage, mesti aku nangis sampai part nak salam dia... tak tau lah kenapa.... tapi mmg syahdu sgt bila nak bermaaf2fan tu.... aku kawin pun dia sanggup datang sekeluarga... setiap kali jumpa zaid, mesti dia hulur kurang2 RM5.... raya pun dia tak lupa hulur ang pow kat zaid... dia bahasakan diri dia 'opah' ngan zaid.... terdengar2 dia citer pasal anak2 dia, pasal family dia, pasal arwah mak mertua dia.... walaupun kami satu level, aku mmg jarang sangat jumpa dia....
masa kejadian aku kat kaunter sbb tukar ngan pa'ah... tiba2 zack dtg tanya kerusi roda... dia kata kak faez jatuh kat toilet... aku sangkakan jatuh biasa... mungkin kaki terseliuh ke apa... tgh aku sibuk ngan pelancong yang beg dia tertinggal dlm teksi, pa'ah tipon bagitau kalau nak tgk kak faez buat kali terakhir, dtg opis... kak faiez DAH TAK ADA.... kat situ gak aku tewas ngan air mata... menggigil tangan aku kunci segala laci... naik je opis, jenazah diletakkan kat depan mesin punch card... aku npk je tubuh terbujur kaku kat situ, aku meraung puas2 kat belakang pintu... upanya abg ipar aku pun ada kat situ... lepas tenang sikit, aku masuk tgk balik... diaorg bukak kain kat muka nak cium... air mata menitik lagi... tanpa sedar dia keluar... kak zu soh aku cium kak faez utk kali terakhir... aku tak kuat... sedangkan dr jauh air mata nih tak boleh berhenti, aku takut nnt air mata terjatuh atas jenazah... lagipun aku tgh uzur masa tu... semangat aku lemah...
bila keluarga dia sampai, aku tgk je anak2 ngan suami dia, aku menangis lagi... bayangkanlah, pagi tu diorg tgk kak faez sihat, pegi keje... tiba2 petang dapat call bgtau kak faez dah tak ada.... sedihnya.... petang tu aku tipon mak... mak pun aku dgr suara cam sebak je bila aku khabarkan berita nih... mak cakap orang baik mmg Allah sayang... mlm tu aku tidur aku mimpi kak faez cuma terhenti pernafasan sementara... dia selamat... aku terjaga.... sambung tidur, mimpi pun sambung balik... kak faez dah sihat, datang opis pegi bahagian aku... aku peluk dia dan nangis... dia cakap "dah, jangan nangis"... sama ayat dia masa aku salam raya tahun lepas..... tapi air mata nih ttp nak keluar triap kali ingat kat dia.... masa hari pengebumian, aku tak pegi sbb aku ada kursus kat putrajaya... aku cuma titipkan doa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.... buat kak faez, terima kasih atas segalanya... tak pernah ada dendam di hati ini... cuma ada rindu yang tak kesampaian.... rindu gelak tawa, ridu cerita2, rindu nasihat-nasihat berguna, dan macam2 lagi.... pergimu merupakan kehilangan terbesar dihati semua warga kraftangan.... pergimu tiada pengganti...
No comments:
Post a Comment