Mar 14, 2011

macam-macam....

sian tembikai a.k.a zaid, anak manja aku... khamis lepas dia demam... dua tiga ari sebelum tu aku dh perasan dia macam tak berapa sihat tapi nak buktikan tu tak dapat sbb aktif cam biasa.... last2 khamis pagi2 buta dia muntah terpancut2 kuar dari buaian... huhuhuhuhu... siannyaaa... pas tu aku angkat dia dari buaian, kanmain panas badan dia... pas tu, start merengek2 je la... patutla mlm tu dia tak berapa lena tido....

ari tu gak bwk g klinik... aku terpaksa cuti la... bapaknya plak lambat g bengkel akibat bawak anak g klinik.... 2 ari gak la aku cuti... mlm tu dia merengek2 je... pagi jumaat tu, aku dh siap2 nk g keje... dia leh merengek2... baring tak kena, masuk buaian tak kena, dukung tak kena... merengek2 je kejenya... badan still panas g... terpaksa cuti lagi la... tengah hari tu, npk perubahannya... berpeluh2 badan dia... alhamdulillah, sihat juga akhirnya...

sabtu mak ngan abah datang umah akak, kitaorg pn g umah akak gak... tido sana sbb ahad nk g kenduri kat puchong... sampai2 je umh akak, tembikai terkejut bila abg ame dia gomol2 dia... mlm tu panas balik badan dia... huhuhuhuhu... ubat tak bawakkkkk!!!!!!!! smalam balik je umh, terus bagi makan ubat... npk mcm ok dah... harap2 ari ni tak le panas dah badan dia...

sabtu tu, sementara anak tido, lepak2 tengok tv, tetibe teringat kat ucin pelat... ucin pelat nih sangat terkenal kat chenor, kampung jengka, kampung embun, sekara, paya pasir dan beberapa kampung berdekatan... ucin (husin) adalah seorang tua yang berkain pelikat lusuh, berbaju lusuh dan bersongkok lusuh, berjalan2 di sekitar chenor... dulu masa aku kecik2 aku slalu jumpa dia kat pekan sari chenor... dia bukan gila tapi dia cuma pelat dan masuk air sket... mana umah dia, aku pun tak tahu... tak penah amik taw pun... akak aku citer, masa dia kecik, ucin nih dh glamer kat chenor tu... aku ngan akak beza umo 14 tahun... zaman aku membesar, still ucin nih masih ada merayau2 kat chenor tu... bila zaman anak buah aku (anak sulong akak) belajor kat sekolah afzan, still ucin tu marayau2 lagi.... tapi budak2 nih agak kurang adab sket... ade ke panggil usin gila... ucin bukan gila... cuma ucin pelat je... (apa motip aku mempertahan ucin nih????)

macam mana agaknya keadaan dia skang?? masih hidupkah???? atau sudah meninggal??? jika hidup, macam mana la hidup dia... tinggal ngan sapa, sapa jaga makan minum dia, sapa yang jaga dia... kalau dah meninggal, macam mana keadaan dia meninggal??? keseorangan ke??? disamping saudara mara ke??? kat mana kubur dia??? ucin nih leh dianggap lagenda kat chenor nih... bape zaman yang kenal ngan dia... bayangkan la, berpuluh2 tahun dia dikenali cuma tak dikormesilkan je... sapa anak jati chenor dan kawasan sekitar kalau tak kenal ucin pelat nih, tak yah la ngaku anak chenor....

hahahahaahhaha... apa yang aku merepek petang2 hari nih.... dah la... nk kemas2 nk balik dh nih... kang lambat kuar kang, jem plak... tak larat kaki aku nk menempuh jem berjam2 kat tgh jln tu... kalau keta aku auto ok la sket... ok lah... chow chin chaw.... papai...

Dec 2, 2010

coret-coretan...

dah lama aku terpikir nk story kat sini tapi baru hari nih aku betul2 yakin nk tulis... sebenarnya tak de apa2 pun yang menarik yang nk aku citerkan.... cuma aku selalu terpikir, bila kita lihat seseorang itu bergembira, ketawa ceria seperti tiada masalah membelengu, pernahkan kita terfikir, berapa RM kah yang ada dlm dompet duit dia???

bukan aku busy body tapi itulah hakikat yang nk aku ketengahkan di sini... bape org antara kita dgn tidak segan silunya berkata, "hari nih aku ada cuma RM1 sja dlm beg aku nih".... tak de kan... kalau ada pun amat jarang kita dgr.... dan selalunya dlm beg duit mmg ada RM1 tapi dlm akaun bank ada ratus2 atau ribu2 lagi.... tahukah kita bahawa kawan yg berada di hadapan kita sekarang mungkin mmg tiada duit pun dlm beg dan dalam akaun??? tapi kenapa dia sentiasa ceria dan ketawa seperti tiada masalah kalau tak de duit....

teringat kat Puan Norma yang ikut penceramah baru2 nih kat opis aku... Puan Norma nih just snap gambar kitaorg je tapi pengalaman hidup yang dia ceritakan membuatkan aku teruja... dia dh pergi ke serata dunia... macam2 pengalaman pahit manis dia dh tempuhi.... dia cerita dia pernah tak cukup duit utk mengembara.... untuk bayar tol pun dia tak mampu... ketika itu aku terdengar suara2 kecil mengatakan "eh, cam ne sampai duit tol pun tak de??? boleh hidup ke tak de duit??" tapi Puan Norma cakap, dia tetap keluar mengembara... kalau tak de duit bayar tol, naik bas... kalau tak de duit nk bayar tambang bas, jalan kaki... janji kita rasa bahagia apa yang kita lakukan... ye, betul tu... kita mesti rasa bahagia dalam apa jua kita lakukan... adakah duit itu masih penting??? adakah duit itu kebahagiaan???

mmg duit itu penting... semua org perlukan duit... aku pernah terbaca tapi tak ingat di mana... duit bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit... eerrrmmmmm..... jika seseorang tak 'berduit' apakah dia tak layak untuk bahagia??? dan jika seseorang yang kaya raya dan banyak duit itu adakah dia dah cukup bahagia??? adakah sosilawati cukup bahagia mempunyai duit yang banyak sehingga dia mati dibunuh dengan kejam????

kadang2 aku tak paham dgn perangai sesetengah orang terutamanya yang ada kat sekitar aku nih... jika kita mendapat maklumat seseorang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, kita selalu dermakan duit kan??? kadang2 kita nk membantu tapi kita sendiri kekurangan duit utk membantu... mcm mana tu??? ada manusia2 sekitar aku nih bila keadaan ini berlaku, dan ada antara kawan2 yang tak menderma, dikatakan kedekut... tak pun diperli2 kawan tu... mungkin mmg ada yang kedekut duit untuk menderma, tapi dia tak harus terus menghukum seseorang itu kalau tak tahu keadaan sebenar... tak semua orang sentiasa senang...

pernahkah kita terfikir kawan kita tak ada duit untuk makan??? mmg setiap kali ajak makan, mungkin alasan yang diberikan "diet" ataupun "dah kenyang"... tapi dibelakang kita, kawan kita tu menangis menahan kelaparan dan minum air masak setiap kali perutnya berbunyi minta makanan... sedih kan... orang yang mempunyai harga diri tak mungkin akan meminta2.... dia tak kan beritahu masalah dihadapinya kecuali kepada kawan karibnya... tapi, pernahkah kita terfikir semua itu??? padahal ia terjadi kepada kawan yang berada dihadapan kita.... kenapa kita tak pernah fikirkan??? sebab dia sentiasa ceria dan bahagia.....

ok lah... cukuplah sampai sini dulu kang mengarut2 lagi citer yang keluar.... peristiwa2 yang aku citerkan tadi semua aku dah tempuhi... tapi seorang pun tak tahu... kenapa??? sebab aku bukan jenis manusia yang meminta2.... apa-apa pun fikirlah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk... insya allah jika aku senang sikit, aku tak lupa kawan2 yg banyak membantu aku dan kawan2 yang dalam kesusahan... diaorang tak buleh tipu aku ngan alasan2 yang diberi sbb aku faham apa yang diaorg lalui.... okeylah chow...

Nov 9, 2010

penatttt...

uhh... penatnya jap g kena drive g ampang utk amik asbenku dr keje... jem giler tu.... aduyaaaiiiiiii.....

Jun 2, 2010

Uniknya kejadian buah kurma



ari nih nk citekan pasal buah kurma pulak... nih aku dapat dr emel... diceritakan oleh krew RTM... marilah kita kongsi citer nih sesama...

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yan berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh.
Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

" Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long. Pokok Tamar ayah saudara kita....

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,"Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya.
Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

May 28, 2010

Al Kisah Mustafa Kamal Atartuk


hari nih aku nk citekan kisah Mustafa Kamal Artatuk... bagaimana dia modenkan Islam di Turki dengan cara yang salah... dan bagaimana balasan Allah kepada dia semasa hidup dan setelah dia mati... semoga kita dpt pengajaran dr kisah ini.. marilah kita renung-renungkan...

Assalammualaikum,

Buat renungan bersama. Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam.