Apr 22, 2011

Temerloh Nan Indah....

'uhhh..... apsal tajuk cm tu???? ntah le... sebenarnya sesaja je nk pekenalkan temeloh kat sini... aku bangga aku anak pahang... aku bangga jd warga temeloh walaupon ada kawan2 mempersoalkan kat mana tempat2 indah kat temeloh tu... aku pun tataw sbb aku bukannya jenjalan pun kat sana... yang aku tau, balik temeloh jumpa mak, jumpa abah... kadang2 jalan kat pekan sari temeloh... tak pun g jln umh sedara mara kat kampung jengka batu 13 nun... kalau nk shopping g pekan temerloh tu.... tu je la... nk jln2 g air terjun ke, apa ke, aku mana tau... ok lah, aku nk share sket info psl temerloh... errr... time kasih pada incik gugle kerana memperkenalkan wikipedia... so, check it out...

Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".

Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah yang terletak di Pahang. Keluasannya 225,086 hektar (2,251 km persegi), dengan penduduk (2009) 164,900 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai 'Pemungut dan Pengadil' pertama. Kemudian jawatan tersebut diubah menjadi 'Pegawai Daerah' dan W.L. Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai Daerah Temerloh mulai 1898. Pegawai Daerah terkini, yang ke-67 adalah Dato' Dr. Sallehuddin Ishak. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran 'Titik Tengah Semenanjung' telahpun menjadi nama jolokan daerah ini.


Pegawai Daerah

Pegawai Daerah Temerloh kini adalah Dato' Dr. Sallehuddin Ishak.


Politik

Daerah Temerloh diwakili oleh dua orang Ahli Parlimen iaitu Dato' Saifuddin Abdullah (P.88: Temerloh) dan Dato' Ismail Mohamed Said (P.87: Kuala Krau) serta lima Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Dato' Hj. Mohamed bin Hj. Jaafar (N.27: Jenderak), Tuan Syed Ibrahim (N.28: Kerdau), Dato' Chuah Boon Seong (N.30: Mentakab), Dato' Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Samsudin (N.31: Lanchang), dan Tuan Syed Hamid bin Syed Mohamed (N.32: Kuala Semantan).


Pentadbiran mukim

MukimKeluasanNama Pegawai Tadbir Mukim
Bangau3,368.40 HektarSheikh Romali bin Sheikh Embong (Memangku)
Jenderak83,433.10 Hektar(i) Zainal Azman bin Hj. Bidin
(ii) Jamaluddin Ayub
Kerdau13,214.50 HektarMohd Kamal bin Omar
Lebak4,404.80 HektarNadzari bin Abd. Rahman
Lipat Kajang3,886.60 HektarMohd Kamal bin Omar (memangku)
Mentakab10,364.30 Hektar(i) Alias bin Nong
(ii) Khaidil Azly bin Daharudin
Perak20,987.80 HektarSheikh Romali bin Sheikh Embong
Sanggang8,809.70 Hektar(i) Mohd Alias bin Barawi
(ii) Nor Aripin bin Ibrahim
Songsang2,331.90 HektarMohd Alias bin Barawi
Semantan74,364.30 HektarWan Ahmad Zabri bin Wan Alam


Pentadbiran kampung

Jumlah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung: 90

Jumlah Kawasan FELDA: 7

Jumlah Kampung Baru Cina: 6

Jumlah Tok Batin: 15


Kemudahan

Agensi kerajaan

  • Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Temerloh (09-2901313)
  • Majlis Perbandaran Temerloh (09-2901777, 09-2901447)
  • Amanah Ikhtiar Malaysia
  • Amanah Raya Bhd
  • Felda Trading Sdn Bhd
  • Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh
  • Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh (09-2961444)
  • Pejabat Pendidikan Daerah (09-2961210)
  • Pejabat RISDA Temerloh (09-2961303)
  • Jabatan Kerja Raya (09-2961311)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)(09-2961650)
  • Pejabat Kesihatan (09-2961800)
  • Pejabat Agama Islam Daerah (09-2961321)
  • Pejabat Penerangan Daerah (09-2961257)
  • Pejabat Penilaian Harta (09-2961850)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (09-2773322)
  • FAMA (09-2961530)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (09-2962946)
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat (09-2961760)
  • Pejabat Perpaduan (09-2901355)
  • Pejabat Belia dan Sukan (09-2961826)
  • Pejabat Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (09-2901601)
  • Kem Batu 3 (09-2771733)
  • Kem Batu 5 (09-2771053)
  • Pejabat Hutan (09-2961226)
  • Pejabat Pertanian (09-2901200)
  • Badan Pencegah Rasuah (09-2901401)
  • Alam Flora (09-2968595)
  • Pejabat MARA (09-2961326)
  • Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (09-2961439)
  • Pejabat Perhililitan ( Mergastua ) (09-2961267)
  • Padi Beras Nasional (09-2774410)
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( 09-2961575)
  • Jabatan Perikanan (09-2967202)
  • Pejabat RELA (09-2961685)
  • Jabatan Perancang Keluarga (09-2961314)
  • Pejabat Pertahanan Awam (09-2967991)
  • Jabatan Imigresen (09-2961396)
  • Pejabat Ukur (09-2961228)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (09-2962000)
  • Pejabat Pendaftaran (09-2961239)
  • PERKESO (09-2901702)
  • Jabatan Tenaga Kerja (09-2961234)
  • Pejabat Pembangunan Koperasi (09-2961302)
  • Pejabat Kaji Cuaca (09-2771421)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah (09-2968300)
  • Jabatan Alam Sekitar (09-2964688)
  • Pejabat Pendakwaraya (09-2967434)
  • Pejabat Audit Sekolah (09-2961505)
  • Pejabat Kemas Mentakab (09-2773990)
  • Jabatan Bekalan Air (09-2961040)
  • Pejabat Pusaka Kecil (09-2961460)
  • Unit Pengambilan Tanah (09-2960585)
  • Pejabat Kastam (09-2964263)
  • Lembaga Urusan dan Tabung Haji (09-2961392)
  • Pejabat Insolvensi (09-2963448)
  • FELCRA Berhala Gantang (09-2906846)
  • Pejabat Agensi Anti Dadah (09-2901560)
  • Yayasan TEKUN Nasional Cawangan Temerloh (09-2776013)
  • Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Temerloh (http://temerloh.adk.gov)


Bank


Bekalan elektrik


Bekalan air

  • Lubuk Kawah
  • Jenderak Utara
  • Jenderak Kampung
  • Mempateh
  • Batu Sawar


Perkhidmatan kesihatan

  • Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) - 09-2955333 No. Faks: 09-2972468
  • Klinik Kesihatan Mentakab - 09-2770307
  • Klinik Kesihatan Bandar Temerloh
  • Klinik Rawatan Keluarga - 09-2968105
  • Klinik Sulaiman - 09-2961022
  • Optometris Siti & Mastura
  • Poliklinik Damai
  • Klinik Pergigian Shamsul
  • Klinik Marzoki
  • Klinik Pergigian Sahar
  • Klinik Pakar Subra
  • Klinik Rama
  • Klinik Rajesh
  • Klinik Zulkarnain
  • Klinik Chin
  • Klinik Mukmin


Institusi pendidikan


Sekolah rendah

  • Sekolah Rendah Agama Al-Mukmin
  • Sekolah Rendah Agama Al-Taqwa
  • Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang ( 09-2901030 )
  • Sekolah Kebangsaan Paya Ara ( 09-2847484 )
  • Sekolah Kebangsaan ( Felda ) Lakum ( 09-2804614 )
  • Sekolah Kebangsaan Batu Kapor ( 09-2776237 )
  • Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ( 09-2803199)
  • Sekolah Kebangsaan Lubok Terua
  • Sekolah Kebangsaan Bolok
  • Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung
  • http://sksanggang.blospot.com/ Sekolah Kebanggsaan Sanggang
  • Sekolah Kebangsaan Sanggang Seberang
  • Sekolah Kebangsaan Bintang
  • Sekolah Kebangsaan Telok Sentang
  • Sekolah Kebangsaan Paya Taram
  • Sekolah Kebangsaan Kerdau
  • Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang
  • Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal
  • Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi
  • Sekolah Kebangsaan Batu Sawar
  • Sekolah Kebangsaan Jenderak
  • Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum
  • Sekolah Kebangsaan Kuala Krau
  • Sekolah Kebangsaan Paya Pulai
  • Sekolah Kebangsaan Kuala Mai Bharu
  • Sekolah Kebangsaan Bangau
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah
  • Sekolah Kebangsaan Belengu
  • Sekolah Kebangsaan Lebak
  • Sekolah Kebangsaan Batu Bor
  • Sekolah Kebangsaan Guai
  • Sekolah Kebangsaan Teluk Ira
  • Sekolah Kebangsaan Desa Bakti
  • Sekolah Kebangsaan Seri Songsang
  • Sekolah Kebangsaan (Felda)Jenderak Utara
  • Sekolah Kebangsaan Caruk Puting
  • Sekolah Kebangsaan (Felda) Jenderak Selatan
  • Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Damar
  • Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 23
  • Sekolah Kebangsaan Penderas (JHEOA)
  • Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Gau
  • Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Mentakab ( Chatin )
  • Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia
  • Sekolah Kebangsaan Abu Bakar
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C)Sungai Kawang
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khee Chee
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mentakab (1)


Sekolah menengah

  • Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah
  • Sekolah Menengah Agama Al-Wosto
  • sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyah Guai.
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
  • Sekolah Menengah Teknik Temerloh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pulai
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin (09-2771802)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Hwa Lian
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab


Pendidikan dewasa

  • Institut Kemahiran Belia Negara, Lanchang
  • Kolej Komuniti Temerloh, Mentakab
  • Open University Cawangan Mentakab
  • Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Seri Tualang


Pendidikan/latihan khas

  • Taman Harapan (latihan untuk orang cacat penglihatan)
  • Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Sinar Suria (latihan untuk orang kurang upaya)


Koperasi / persatuan

  • Dewan Perniagaan China Daerah Temerloh
  • Persatuan Gasing Pangkah Daerah
  • Persatuan Khek Daerah Temerloh
  • Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Temerloh
  • Persatuan Persahabatan Temerloh Pahang
  • Pertubuhan Peneroka Felda Kampung Awah Temerloh
  • The Hokkien Association Of Temerloh District
  • The Kwangsi Accociation Of Temerloh District
  • The TeoChew Association of Temerloh District
  • Koperasi J C P M Kaum India Temerloh Bhd
  • Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh Bhd
  • Koperasi Peladang Temerloh Barat
  • Koperasi Pembangunan Daerah Gotong Royong Temerloh Pahang
  • Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh Berhad
  • Kelab Pemilik-Pemilik BMW Temerloh


Pengangkutan

  • Syarikat Tanjung Keramat Temerloh Utara Omnibus Bhd
  • Bulan Restu Ekspress
  • Temerloh-Kuala Lumpur Ekspress
  • Transnational Sdn Bhd.
  • Sri Jengka Ekspress
  • Perwira Ekspress


Telekomunikasi

  • Celcom (M) Bhd
  • Telekom Malaysia Berhad
  • DIGI (M) Bhd
  • Maxis (M) Bhd


Mahkamah

  • Mahkamah Temerloh (09-2962344)
  • Bar Council Legal Aid Centre (Temerloh), Mahkamah Temerloh
  • Mahkamah Rendah Syariah Temerloh (09-2963271)


Tempat menarik


Pelancongan

  • Hutan Lipur Gunung Senyum
  • Pusat Pemuliharaan Seladang, Jenderak Selatan
  • Pusat Latihan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan Bukit Rengit
  • Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak Selatan
  • Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lanchang
  • Homestay - Desa Murni Kerdau Dan Persekitaran Krau (Jengka 25 dan Rumpun Makmur)
  • Air Terjun Lata Bujang
  • Mini Zoo, Temerloh
  • Taman Rusa, Kuala Gandah, Lanchang
  • Jambatan Gantung Kuala Sg Semantan-Tanjung Keramat
  • Air Terjun Paya Taram, Kerdau
  • Air Terjun Paya Kujan, Songsang
  • Pekan Sehari Temerloh
  • Perkampungan Orang Asli Che' Wong, Kuala Gandah (dipercayai ini adalah salah satu daripada dua perkampungan suku kaum Che' Wong yang masih ujud di dunia)


Monumen dan tempat bersejarah

  • Masjid Lama Kg. Songsang
  • Makam Sultan Abdul Jalil, Kuala Krau
  • Kg. Lubuk Terua
  • Balai Polis Kuala Krau
  • Stesyen Keretapi Kuala Krau
  • Taman Kenangan (Victory Park)
  • Kediaman Pegawai Daerah
  • Istana Sri Udara
  • Tugu King George (belakang Pejabat Daerah)
  • Masjid Lama Kg Lebak
  • Jambatan Temerloh
  • Lurah Semantan
  • Kediaman dan pusara Dato' Sudirman Hj Arshad
  • Gudang Beras
  • Pusara polis yang gugur semasa darurat, Tanah Perkuburan Islam Kg. Lubuk Serdang, Mentakab


Moh Makan

  • Restoran S.Z. Rahmah, Paya Pulai
  • Restoran Patin Pak Usop, Lurah Semantan
  • Dataran Patin, Esplanade Temerloh
  • Gerai Abang Tan, Bukit Angin
  • Gerai Saji Selera, Hadapan Klinik Kesihatan Temerloh
  • Restoran Old Town, Jalan Bahagia
  • Restoran Nasi Lemak Azhar
  • Restoran Nasi Ayam Ann Loke Yen
  • Restoran Al-Jalal Jalan Bahagia


Sukan dan Rekreasi

  • Stadium Temerloh
  • Gelanggan Gasing Majlis Perbandaran Temerloh
  • Pusat Latihan Silat Olahraga
  • Litar Motor Lasak Paya Pulai
  • Taman Awam Kubang Gajah (trek joging 2.3km)
  • Taman Awam Tasik Chatin (trek joging 1.7km)



Hotel

  • Bukit Bendera Resort (09-2782828)
  • Hotel Green Park (09-2963055)
  • Hotel Jelai (09-2966626)
  • Hotel Semantan (09-2968111)
  • Hotel Sri Malaysia (09-2965788)


Tokoh kelahiran Temerloh


Nama-nama Tempat Yang Unik

  • Berhala Gantang
  • Berhala Kapas
  • Buntut Pulau
  • Busut Jin
  • Mambang Berulang
  • Kubang Gajah
  • Paya Angut
  • Paya Ara
  • Paya Badak
  • Paya Bali
  • Paya Banir
  • Paya Baru
  • Paya Batu
  • Paya Bertam
  • Paya Besar
  • Paya Bidara
  • Paya Chantek
  • Paya Chatin
  • Paya Chau
  • Paya Cherok
  • Paya Dalam
  • Paya Dedalu
  • Paya Gunung
  • Paya Japan
  • Paya Jauh
  • Paya Jejawi
  • Paya Jonggok
  • Paya Kechik
  • Paya Kechik Hilir
  • Paya Kechik Hulu
  • Paya Keladan
  • Paya Kelebor
  • Paya Kemuning
  • Paya Ketapi
  • Paya Kubu
  • Paya Kumbah
  • Paya Kuin
  • Paya Laman
  • Paya Lintah
  • Paya Lintang
  • Paya Londang Rusa
  • Paya Luas
  • Paya Me'ei
  • Paya Mendoi
  • Paya Mengkuang
  • Paya Muring
  • Paya Mutan
  • Paya Pamah
  • Paya Panjang
  • Paya Parit
  • Paya Pasir
  • Paya Pelong
  • Paya Penak
  • Paya Perak
  • Paya Petai
  • Paya Pulai
  • Paya Pulai Tengah
  • Paya Pulau
  • Paya Rambai
  • Paya Rekoh
  • Paya Salak
  • Paya Sebelah
  • Paya Sendayan
  • Paya Siput
  • Paya Sok
  • Paya Tambang
  • Paya Taram
  • Paya Teberau
  • Paya Teluk Sabak
  • Paya Terap


Loghat

  • .aki=atok
  • .aokme=korang
  • .awok=awak
  • .bah=banjir
  • .bahan=pukul
  • .ceklat getoh = chewing gum
  • .copair=tepi sangat
  • .deme=kitaorang
  • .deoh amat=tipu sangat
  • .garas=gosok/sental
  • .gedik=menunjukkan seorang perempuan yg mengada-ngada
  • .gone=macam mana
  • .habat=pengotor
  • .hampas=tak berguna
  • .keknye=tapinya
  • .koi=saya
  • .kome=kami
  • .lantak=biar
  • .moh=jom
  • .ngape=kenapa
  • .pedo,oh=tipu
  • .sewe=sewel
  • .siniha=di sini
  • .situho=di sana
  • .sokmo=selalu
  • .sontok=maksima
  • .tak cakne=tak prihatin
  • .terkancaih=terkejut
  • .tohor=cetek
  • .wan=nenek
  • .kek nyer=tapi
  • .bubuh=letak
  • .mereloh=tidor
  • .meronoh=buang air besar
  • .membute=tidor
  • .gebor=selimut
  • .rege=harga
  • .jenuh=puas
  • .kehot=letih, sengal
  • .Gonyoh=sental kuat-kuat
  • .sepolit=tinggal sedikit

Rujukan

  1. Sungai Kepung 'titik tengah' Utusan Malaysia Online. 27/05/2009




Daerah
Bera Bentong Cameron Highlands JerantutKuantan Lipis Maran Pekan Raub Rompin Temerloh


Bandar
Bandar Bera Bandar Jengka Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak Batu Hitam Batu Talam BelimbingBenta Bentong Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor ChenorCherohTasik ChiniCherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Ketari Kampung AwahKota BahagiaKota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak MengkuangMentakab MerapohNenasi Paloh Hinai Pekan Penor Raub Ringlet Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah RataTanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh TriangTringkap


Pulau


Kampung


Bandar baru


Zon Khas


Apr 20, 2011

Wok Binti Awang Ngah....


sapa plak la wok nih... huhuhuhuhuhu... nih la antara insan2 yang aku sayang.... arwah uwan aku... untuk arwah atok (Aishah) bukan aku tak sayang tapi aku idup ngan dia tak lama... masuk darjah satu, atok dah meninggal... so, tak banyak kenangan aku ngan arwah atok.... arwah uwan meninggal masa aku tingkatan 5 tahun 1997 tapi tarikh sebenar dah tak ingat... huhuhuhuhu... ampunkanlah cucumu ini... arwah uwan mak kepada abah dan arwah atok mak kepada mak aku...

aku mula rapat ngan uwan bila mak ngan abah pindah ke kampung dok umah mok de nekmah (na'emah)... masa tu aku masuk darjah 3... umah uwan belakang umah aku dan umah (kedai) mak long (akak abah... pun dah arwah) belah depan umah aku kat tepi jalan beso.... uwan dok lepak umah dia pada ari siang je... bila malam dia slalu tido umh anak2... (umh kitaorg ngan umh mak long je la...) dan bila petang je aku dh ngamuk2 kat uwan sbb dia slalu g tido umh mak long.... dh la orang tua tu kena wat jadual dek kerana perangai cucu dia yang tak semenggah nih... hehehehehe...

uwan orangnya kurus tinggi... berkulit hitam manis... selalu tersenyum walaupun orang marah2 kat dia... tapi satu kampung tu suma anak2 sedara dia, sapa nak marah2 kat dia... uwan pemakan sireh tegar... dulu2 aku slalu g umah dia makan sireh... kadang2 aku makan sireh guna gobek dulu nk hancurkan sireh tu.... bila makan, merah je mulut... ~memori~ telinga uwan dh tak bape jelas... kalau cakap ngan dia kena cakap kuat2... mata dia pun dah kabur sbb kena sembur ngan ulor... iskkk.... masa kecik2 dulu aku slalu ikut uwan jenjalan umah sedara... kadang2 tido umh sedara mara... tapi time sabtu ngan ahad je la... aku pun slalu ikut uwan g kebun durian.... arwah nih dulu kalau musim durian, slalu g kebun jalan kaki... jauh woooooo..... tapi org dulu2 mmg gagah la... bila balik dari kebun tu, dia tak penah lupa bawakkan aku durian keras... dia bungkus ikut suka je... kalau jumpa plastik atau kertas tepi jalan tu, dia amik je wat bungkus durian tu... ~memori~

umah uwan kecik je... bahagian dapur banyak papan yang dah reput... uwan kalau masak lemak ikan lampam, perrggghhhhhh..... meletop... mmg terbaekkkk.... ~memori~ umah uwan ada 2 bilik... kitaorg (aku slalu tido umh uwan kalo sepupu2 aku balik) slalu tido bilik kedua... bilik air uwan kat luor... bukan bilik pun... ada kolah mandi yang air dia sangat jernih dan sangat sejuk, ditutupi papan paras dada je pun... kalo mandi kena berkemban dan tengah2 mandi tu leh nampak orang lalu tepi umh uwan..... hehehehehehe.... tepi bilik mandi tu ada reban ayam... kalau mandi tu mmg ngadap umah aku.... sekarang situasi tu hanya ada kat dalam kepala aku je pun sbb umh arwah uwan dah dirobohkan... uwaaaaaaaaaa.......

kalau bulan pose, petang2 uwan dok umah mak long wat kuih2 tradisional... kuih badak berkubang, kuih koci, kuih gelek penyet (mmg gile 'ah nama kuih nih) dan macam2 lagi kuih yang aku tak tau nama dia.... aku slalu gak g mengendeng kat umah mak long tu sambil konon2 nolong uwan... pas tu aku dapat la upah kuih tu satu bekas... hehehehehehe.... alaaa.... mak long bukan makan banyak pun... anak pun tu la satu (abang zul)... hehehehehehe....

walaupun aku nih dok ngadap dia hari2, dok antar lauk kat dia ari2, dok nyebok kat mata dia ari2, tapi aku bukanlah cucu kesayangan uwan.... kalau ada kuih raya yang masih tinggal, uwan simpan sbb takut kalau cucu2 kesayangan dia balik, nnt tak de kuih... bila kuih tu nk naik kulat, barulah dia bagi kat aku... aku amik je... malas nk cakap banyak2... paling aku sayu bila start cuti skolah, ada je bebudak skolah lalu tepi umh dia, dia pun laju je jalan tengok kot2 cucu kesayangan dia balik... tapi bebudak kampung je... sian sangat aku tgk... bila akak balik, dia sangat suka sbb cicit2 dia balik... hehehehehe....
bila masuk tingkatan 4, aku pindah ke umh sendiri (umah mak bapak aku le...) masa nih uwan dah tak berapa sihat... kencing dah tak leh tahan, dh start nyanyuk... masa nih aku dok asrama... kalau aku balik, mak ngan abah amik uwan skali bawak balik umh sbb aku ada... masa cuti skolah, dia dok umh aku je la... sian sangat kat uwan.... mmg agak penat la gak sbb jap2 uwan kencing kat lantai... pastu nk masuk bilik air dia g bukak pintu almari la... tapi aku tak merungut sbb pada aku waktu tu la masa aku nk berbakti kat uwan... tapi cucu2 kesayangan dia mana??? napa tak dtg langsung tgk dia masa cuti skolah???? ntah la....

bila aku tingkatan 5, keadaan uwan dh teruk... dh tak boleh bangun... masa nih dia dok umah mak long... mak ngan mak cu berganti2 jaga dia... tak sampai setahun, wan menghembuskan nafas yang terakhir... ramai sangat yg dtg melawat... ye la, org baik, semua orang suka..... untuk arwah uwan, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... aminnnn....

p.s : slalu mimpi kat uwan, kat umah uwan... selalu rindu uwan.... huhuhuhuhuhuhuhu....

Apr 7, 2011

INFO....

Bengkak Otak -- Cara merawatnya

Darah beku
Ia boleh mengakibatkan pelbagai kesan kepada pesakit. Sekiranya kuantiti darah melebihi 20cc, pesakit akan mengadu sakit kepala, jika meningkat 60cc, pesakit boleh lumpuh.

Jika jumlah darah meningkat hingga 80cc, pesakit boleh koma.
~ sib baik anak aku tak koma...

Bengkak otak
Ia adalah pembunuh 90 peratus mereka yang mengalami kecederaan otak yang teruk. Ini kerana, musuh utama bengkak otak ini ialah tempurung kepala pesakit sendiri.

Tempurung otak manusia yang telah bercantum, tidak akan mengembang lagi.

Apabila pembengkakan berlaku, otak akan cuba mencari ruang dengan pergi ke lantai otak bagi membolehkannya mengembang.
~doktor ada terangkan menda nih sebelum wat operation ari tu...

Terdapat satu lubang terletaknya pangkal otak. Pangkal otak bersambung pada korda tunjang. Otak, akan menolak pangkal otak turun dari kedudukannya akan memberi kesan kepada pesakit.

Himpitan pada pangkal otak ini menyebabkan pernafasan, denyutan nadi dan tekanan darah akan terganggu.
~ yang ni pun... sib baik aku faham walaupon masa tu aku rasa cm tak leh pikir apa2 dh...

Sistem pernafasan yang dikawal oleh pangkal otak boleh mengakibatkan pesakit mengalami:
- Nafas terhenti (apnea)

- Tekanan darah akan meningkat atau menurun

- Mati otak.

Teknik-teknik pembedahan merawat pembengkakan otak

- Mengeluarkan cecair otak
Kaedah yang dikenali sebagai intracranial pressure ini menggunakan tiub ke dalam ventrikel otak untuk mengeluarkan cecair otak, tanpa memudaratkannya.
~ oooo... menatang nih la yang aku nengok ari tu kat kepala anak aku... tapi ngeri wooo... siap ada cecair darah kuar....

- Pembedahan membuang darah beku
Pakar bedah akan membuka tempurung kepala dan membuang darah beku. Pendarahan boleh berlaku sama ada pada selaput tebal di luar otak (extradural) atau di bawah otak (subdural).
~ errmmm.... dan anak aku dh berjaya dibedah... alhamdulillah, semua selamat... doktor bagi tau pendarahan di luar otak...

Bagaimanapun, jika otak masih bengkak, pakar bedah perlu melakukan alternatif lain untuk menyelamatkan otak.

Satu `pintu' pada tempurung kepala akan dibuka yang dikenali sebagai decompressif craniectomy bagi memberi ruang kepada otak yang bengkak.
~ ye betul... sampai skang, lebih kurang tiga minggu dh anak aku hidup tanpa sebahagian tempurung kepala...

- Mengeluarkan tempurung kepala
Kaedah ini diumpamakan seperti `membuka pintu' untuk memberi laluan kepada mereka yang terperangkap dalam bangunan tertutup semasa kebakaran.

Pakar bedah akan mengeluarkan tempurung kepala (decompressif craniectomy) dengan anggaran 12 sentimeter, memotong dan kemudiannya melonggarkan selaput otak.

Otak yang terdedah ini ditutup dengan polimer tiruan, bagi mengelakkan sebarang kebocoran atau jangkitan pada otak.

Apabila, pembengkakan ini reda, tempurung asal kepala boleh dijahit semula. Kepada pesakit yang `tidak sedar', kaedah ini merupakan usaha terakhir untuk menyelamatkan mereka. Jika tidak, pesakit kemungkinan meninggal dunia akibat mati otak.

Sekalipun teknik ini digunakan, pembengkakan otak juga boleh berlarutan hingga enam bulan. Sehubungan itu, lebih cepat tempurung kepala dibuka, peluang pesakit untuk sembuh lebih cerah.

Ini kerana, ia dapat membantu menurunkan tekanan pada otak, pada masa yang sama dapat memberi oksigen dan bekalan darah yang mencukupi untuk otak.

Bagaimanapun, segelintir pesakit yang pulih enggan menampal semula tempurung kepala ini. Sekalipun ia tidak menjejaskan kehidupan, mereka terdedah dengan risiko:

- Hentakan pada kepala - orang dewasa atau kanak-kanak yang baru belajar berjalan

- Sakit kepala apabila terkena cahaya matahari terik

- Perubahan atmosfera - menaiki pesawat, menyelam.

Pembedahan, hanya satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi pembengkakan otak terminal kerana hingga hari ini, belum ada ubat-ubatan yang begitu mujarab untuk meredakan otak yang bengkak.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0502&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_0

Darah beku punca sakit kepala

Darah beku punca sakit kepala

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

SIAPA sangka, bermula dengan masalah sakit kepala yang dianggap migrain, hanya dalam tempoh setahun kesan akibat masalah berkenaan menjadi lebih teruk.

Itu yang berlaku kepada Saiful Nizam Mohamad, 26, pada awal 2005. Tanpa menyedari masalah itu sebenarnya serius kerana membabitkan salur darah dalam otaknya, pada penghujung 2005 Saiful bukan saja tidak mampu menahan sakit, malah dia turut berdepan masalah baru apabila penglihatannya menjadi kabur dan tangan kanannya semakin lemah.

Kemuncak kepada masalah berkenaan ialah, satu ketika Saiful tidak lagi mampu bekerja, memandu kereta dan melihat makanan di depan mata.

Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV semalam, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu menemui Pakar Bedah Otak dan Saraf, Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Dr Abdul Muin Ishak bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Hasilnya, Saiful dikesan menghidap sejenis penyakit dikenali Arteriovenous Malformation (AVM) yang membabitkan masalah pembentukan salur darah tidak normal di bahagian otak. Lebih membimbangkan, salur darah itu pecah, mengakibatkan berlaku pendarahan dalam otak.
~ adakah anak aku ada penyakit nih???? tak pe, kita tunggu apa doktor kata lepas rawatan bulan 5 nnt (masuk wad lagi... huhuhuhuhu....)

Justeru, menurut Dr Abdul Muin, adalah penting Saiful menjalani pembedahan bagi membuang salur darah berkenaan sebelum berlaku komplikasi lebih teruk sehingga membawa maut.

Bagaimanapun, Saiful keberatan menjalani pembedahan apabila pelbagai pihak, terutama rakan, memberikan persepsi menakutkan terhadap kesan yang bakal diterimanya.

Namun selepas diberi penerangan rapi oleh doktor mengenai semua risiko yang mungkin berlaku, Saiful akur dengan nasihat doktor kerana jika penyakitnya dibiarkan tanpa pembedahan, risiko lebih besar menantinya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Muin berkata, berdasarkan pengalamannya, ramai pesakit tidak tahu mereka ada penyakit AVM dalam otak, menyebabkan 60 peratus pesakit berkenaan menjalani pemeriksaan doktor selepas berlaku pendarahan dalam otak.
~ erkkk?????

Katanya, penyakit AVM dikesan berpandukan simptom yang berlaku kepada pesakit.

“Selain simptom yang ada pada Saiful, ada juga pesakit AVM menderita masalah sawan.
~ anak aku dh diberi makan ubat sawan walaupon setakat nih dia tak de masalah nih...

“Berdasarkan kajian, pesakit AVM seperti Saiful yang kali pertama menderita penyakit berkenaan mempunyai 50 peratus kemungkinan menderita penyakit sama, malah boleh membawa maut,” katanya.

Sebelum pembedahan, Saiful menjalani pemeriksaan mata dengan pakar bedah mata, Dr Rozita Ahmad. Ini kerana, bahagian otak yang akan dibedah membabitkan bahagian otak yang mengawal penglihatan.
~ errrr.... tak pulak tapi 8 april nih mmg anak ada rawatan mata kali kedua.. kali pertama masa dlm wad tapi tak tau apa keputusannya sbb tak de sapa ikut dia g pemeriksaan...

Selepas pemeriksaan mendapati bahagian penting mata seperti kornea, urat mata dan retina dalam keadaan baik, tiada masalah untuk Saiful menjalani pembedahan.

Menurut Dr Abdul Muin, Saiful dibedah menggunakan kaedah craniotomy membabitkan pembukaan sebahagian kecil tempurung kepala.

Katanya, ia kaedah terbaik yang dapat menghalang pendarahan daripada berulang.

Pembedahan dimulakan dengan prosedur awal membabitkan pemberian bius dan mengambil alih pernafasan Saiful menggunakan mesin.

Sejenis alat dinamakan ‘mayfield head clamp’ kemudian digunakan bagi menstabilkan kepala dan menghalang sebarang pergerakan di kepala Saiful.

Untuk ‘melekatkan’ alat berkenaan, tebukan kecil pada bahagian kiri dan kanan kepala Saiful dibuat sebelum diikat menggunakan skru yang menembusi kira-kira dua milimeter ke dalam tempurung kepala.

Pembedahan terhadap Saiful perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti kerana bahagian bermasalah terletak berdekatan salur darah utama otak.

Disebabkan itu, selain menandakan bahagian kulit kepala yang akan ‘dibuka’ melalui kaedah insisi, Dr Abdul Muin menandakan salur darah itu bagi mengelak insisi dilakukan di bahagian berkenaan kerana sebarang kecederaan boleh membawa maut.

Suntikan bius setempat dan penggunaan klip khas yang bertindak mengecutkan salur darah dan mengurangkan pendarahan turut dilakukan pada bahagian kulit yang dibuka.

Pada masa sama, pemotongan lapisan bawah kulit kepala menggunakan alat ‘diathermy’ mampu menghentikan pendarahan berikutan ia bertindak membakar salur darah terbabit.

Sebelum tebukan pada tempurung kepala dilakukan, selaput pada tempurung dikikis. Empat tebukan menjadi panduan bagi Dr Abdul Muin bagi mengeluarkan tempurung kepala berkenaan.

Ia dilakukan menggunakan alat gergaji khas yang berkemampuan untuk memotong tempurung kepala.

Sebaik dikeluarkan, kelihatan otak Saiful mengalami tekanan tinggi dan menekan pada bahagian tempurung kepala.

Membran ‘dura’ yang melindungi jangkitan kuman pada bahagian otak kemudian dipotong untuk membolehkan bahagian sebenar otak Saiful ‘diteroka’.

Meskipun kedudukan salur darah bermasalah di bahagian otak Saiful dikesan melalui pemeriksaan pengimbas otak Imej Gema Magnetik Berfungsi (MRI) dan angiogram, saiz dan kedudukan sebenar salur darah itu hanya dapat diketahui ketika pembedahan dilakukan.

Memandangkan otak bahagian yang sangat sensitif, usaha mengesan salur darah dilakukan dengan berhati-hati tanpa membuang sebarang tisu di bahagian otak sehingga terpaksa mengambil masa lama.

Ketika proses mengesan dilakukan, sejenis cecair digunakan bagi memastikan otak sentiasa dalam keadaan basah kerana jika otak dibiarkan kering, salur darah mungkin mengembang dan pecah, mengakibatkan masalah pendarahan tidak terkawal.

Pada masa sama, dua pain bekalan darah diberikan kepada Saiful bagi menggantikan darah yang hilang ketika pembedahan.

Dalam tempoh dua jam, prosedur pembedahan yang dianggap paling kritikal dan berisiko itu berjaya dilakukan. Segumpal darah beku yang menjadi punca kepada masalah sakit kepala Saiful dan bahagian salur darah bermasalah ditemui.

Darah beku berkenaan berjaya dikeluarkan, manakala salur darah bermasalah itu dibakar menggunakan alat ‘diathermy’ dan turut dikeluarkan.

Selepas memastikan tiada pendarahan, membran ‘dura’ yang menyelaputi otak disambung semula, diikuti dengan ‘mengikat’ semula bahagian tempurung kepala yang dikeluarkan menggunakan empat plate dan lapan skru titanium.

Dr Abdul Muin berkata, tempurung kepala Saiful akan bersambung semula dan dianggarkan mempunyai tahap kekuatan seperti sedia kala dalam tempoh tiga hingga enam minggu.

Katanya, plate dan skru titanium yang digunakan pula dijamin selamat dibiarkan kekal di tempurung kepala Saiful.
~ errrkkk.... mak ckp, nurse ada bagitau dia pasal nih... skru tu akan diguna masa nk pasang balik tempurung kepala tu... yang nih, opis tak support sbb ianya peralatan... huhuhuhuhu... kena sedia RM banyak2 la pas nih...

Selepas lapisan dalam kulit dijahit menggunakan sejenis benang yang mampu larut sendiri, lapisan luar pula ditutup menggunakan ‘stapler’ untuk tempoh seminggu sebelum di buka semula, pembedahan Saiful selesai mengikut perancangan dalam tempoh lima jam.

Saiful yang ditemui wartawan Medik TV, Irin Putri Azmi tiga hari selepas pembedahan dilakukan, kelihatan ceria dan menunjukkan tanda semakin pulih daripada penderitaan dialami.

Untuk pulih sepenuhnya, Saiful dinasihatkan doktor supaya berehat dua bulan

di ambil dari : http://promote5.blogspirit.com/archive/2005/09/24/darah-beku-punca-sakit-kepala.html

Apr 1, 2011

anak...

uhh... dh beberapa ari letak gbr, ari nih baru nk tulis menulis.... ok lah, tulis berdasarkan gambar lah...


nih keadaan kepala anak aku lepas operate... nih dh beberapa ari lepas operate sbb kepala dh abih botak... masa baru lepas operate, kepala dia botak separuh je... gbr2 tu kat tipon mak... tak sempat nk amik... nih dh masuk wad neuro bukan kat icu pedriatrik...
akhirnya, anak bujang aku kena bagi candu nih... tu pun setelah buaian telah diharamkan untuk digunakan... comel plak nengoknya... tapi dia isap puting nih time nak tido je... pas dia dh pejam, "ptuih" katanya buang puting tuh.... yang nih sesaja ngengada je tuh nk bergambar....

exclusive... bukan senang nk amik gbr dia tengah sengih cm nih... pueh gak agah2 dia bagi senyum cm nih... akhirnya dapat gak... sweettttttt je aku nengok... hehehehehe....

nih gbr kepala dia dh buang jahitan... skeri hokay.... tapi takut ke tak, terpaksa la berani (tak pun buat2 berani)... alhamdulillah, tengok luka tu semakin kering dan ok...

nih masa baru kuar dr wad... kat umah umi kat rawang nih... tgk, anak bertuah nih nk main air liur... nak sembur2...

tapi tak jadi nak sembur sbb mama dia wat lawak, dia sudah gelak ini macam... uhhh.... ada lesung pipit dua2 pipi upanya... lesung pipit mama dia amik, dagu berbelah (cam siti nurhaliza tu) amik ayah ngan busu nyer, bulu mata panjang amik pak andak nyer, muka seposen amik papa nyer... uhh... suma dia amik... tamak sungguh...

haaaa... pas tu dia teruskan niat asalnya iaitu menyembur... berbuih2 air liur... iskkk... pengotornyeeerrrr..... inilah hobinya yang menyebabkan baju mama selalau basah kalau dokong dia.... mana nk tumpahnya air liur kalau tak kat baju mama kan zaid....

bila dh bosan tade sapa nk layan, dia wat keje nih plak... penuh mulut ngan tangan dia... anak sapa la agaknya nih.... tgk dahi dia... benjol kan... ari tu tanya doktor... doktor kata tak merbahaya cuma cecair dari otak g ke arah situ sbb tempurung kepala dia yg sebelah kiri tu tak de.... maknanya, tak de la yang menghalang cecair tu dari turun ke depan... cian anak...







Mar 24, 2011

siannnn anak....

aduhaiii.... penat betul seminggu nih... hari nih genap seminggu anak aku didaati ada darah beku kat otak kiri... ingat lagi petang khamis lepas g amik anak kat umah mak cik, dia tido je... angkat pun dia tak bangun... pelik gak sbb slalu time tu dia tgh tgg aku balik keje... mak cik ckp dia muntah banyak... sampai umh, aku bangunkan dia tapi dia dh terkulai... mata pun tak bukak... bila panggil nama dia, kakinya diangkat sikit... aku terus tipn asben, tgg asben balik terus bwk g klinik... doktor kat klinik srh bawak g spital terus...
kitaorg terus bergegas ke hspital selayang sbb anak ada rekod kat sana... masa kat wad kecemasan, doktor scan kepala anak, didapati ada darah beku yang banyak kat luar otak kiri dan darah tersebut dh tolak otak ke kanan... satu mlm gak arr dok kat kerusi kat wad icu tu sbb doktor kata lepas dia masukkan darah anak, kitaorg gerak ke HKL... upanya jam 7 pagi hari jumaat baru bertolak ke HKL...
sampai HKL jam 8, doktor pakar bedah dan doktor pakar bius bagi penerangan kat aku... tapi satu hapa pun aku tak leh pikir... yang aku ingat doktor kata otak anak aku dh bengkak dan sebahagian tempurung kepala kirinya akan di cabut sehingga otaknya kembali pulih baru di pasangkan semula.... pukul 10 anak aku di tolak ke dewan bedah... sebelum dibedah, anak aku dikomakan.. waktu nih aku ngan asben g tgk keadaan anak aku... walaupon dia telah di komakan, mata nya still sedikit terbuka dan pandang kami berdua... waktu tu aku dh tak leh tahan... kat situ gak aku menangis.... upanya asben aku pun sama nangis... apadaaaa.... sebelum di tolak ke dewan bedah, aku diberi peluang unuk cium anak aku... asben aku awal2 dh kuar sbb dia tak sampai ati nk cium...
pukul 1, selepas selesai di bedah aku di beri peluang tengok anak aku... aku bisikkan kata2 semangat pada dia... tiba2 anak aku sedar dan mula meronta2... nurse tegur aku supaya tak ganggu baby sbb dia baru lepas operate... aku ambil keputusan utk pulang ke rumah dan biarkan anak aku rehat...
isnin lepas anak aku di bawa ke wad biasa... kesan bius pun dh abis, anak aku mula menangis... mungkin sakit kot... aku minta tolong mak jagakan dia kat wad... so, jumaat hingga ahad aku plak yg stay kat wad dan mak balik umh akak utk rehat... abah datang ari tu pun, tak berenti2 abah nangis... sedih aku tgk abah... kini tempurung kepalanya masih di simpan dan jahitan di kepalanya sangat panjang... tp tgk perkembangan anak aku dr jumaat hingga ke hari nih, alhamdulillah, perkembangan yang sangat positif... dah geleng2 kepala, dh pandai nk dukung2, dh mula menyusu, dh selera makan, bila npk ayahnya dtg, mula angkat2 badan suruh ayahnya amik... mcm2 perangai yg dia wat sebelum bedah, dia ingat balik... dotor pun pesan suruh rangsang otaknya balik... harap anak aku jadi anak yang kuat dan tabah kemudia hari nnt... semoga anak aku cepat sembuh.... aminnn....