Apr 7, 2011

INFO....

Bengkak Otak -- Cara merawatnya

Darah beku
Ia boleh mengakibatkan pelbagai kesan kepada pesakit. Sekiranya kuantiti darah melebihi 20cc, pesakit akan mengadu sakit kepala, jika meningkat 60cc, pesakit boleh lumpuh.

Jika jumlah darah meningkat hingga 80cc, pesakit boleh koma.
~ sib baik anak aku tak koma...

Bengkak otak
Ia adalah pembunuh 90 peratus mereka yang mengalami kecederaan otak yang teruk. Ini kerana, musuh utama bengkak otak ini ialah tempurung kepala pesakit sendiri.

Tempurung otak manusia yang telah bercantum, tidak akan mengembang lagi.

Apabila pembengkakan berlaku, otak akan cuba mencari ruang dengan pergi ke lantai otak bagi membolehkannya mengembang.
~doktor ada terangkan menda nih sebelum wat operation ari tu...

Terdapat satu lubang terletaknya pangkal otak. Pangkal otak bersambung pada korda tunjang. Otak, akan menolak pangkal otak turun dari kedudukannya akan memberi kesan kepada pesakit.

Himpitan pada pangkal otak ini menyebabkan pernafasan, denyutan nadi dan tekanan darah akan terganggu.
~ yang ni pun... sib baik aku faham walaupon masa tu aku rasa cm tak leh pikir apa2 dh...

Sistem pernafasan yang dikawal oleh pangkal otak boleh mengakibatkan pesakit mengalami:
- Nafas terhenti (apnea)

- Tekanan darah akan meningkat atau menurun

- Mati otak.

Teknik-teknik pembedahan merawat pembengkakan otak

- Mengeluarkan cecair otak
Kaedah yang dikenali sebagai intracranial pressure ini menggunakan tiub ke dalam ventrikel otak untuk mengeluarkan cecair otak, tanpa memudaratkannya.
~ oooo... menatang nih la yang aku nengok ari tu kat kepala anak aku... tapi ngeri wooo... siap ada cecair darah kuar....

- Pembedahan membuang darah beku
Pakar bedah akan membuka tempurung kepala dan membuang darah beku. Pendarahan boleh berlaku sama ada pada selaput tebal di luar otak (extradural) atau di bawah otak (subdural).
~ errmmm.... dan anak aku dh berjaya dibedah... alhamdulillah, semua selamat... doktor bagi tau pendarahan di luar otak...

Bagaimanapun, jika otak masih bengkak, pakar bedah perlu melakukan alternatif lain untuk menyelamatkan otak.

Satu `pintu' pada tempurung kepala akan dibuka yang dikenali sebagai decompressif craniectomy bagi memberi ruang kepada otak yang bengkak.
~ ye betul... sampai skang, lebih kurang tiga minggu dh anak aku hidup tanpa sebahagian tempurung kepala...

- Mengeluarkan tempurung kepala
Kaedah ini diumpamakan seperti `membuka pintu' untuk memberi laluan kepada mereka yang terperangkap dalam bangunan tertutup semasa kebakaran.

Pakar bedah akan mengeluarkan tempurung kepala (decompressif craniectomy) dengan anggaran 12 sentimeter, memotong dan kemudiannya melonggarkan selaput otak.

Otak yang terdedah ini ditutup dengan polimer tiruan, bagi mengelakkan sebarang kebocoran atau jangkitan pada otak.

Apabila, pembengkakan ini reda, tempurung asal kepala boleh dijahit semula. Kepada pesakit yang `tidak sedar', kaedah ini merupakan usaha terakhir untuk menyelamatkan mereka. Jika tidak, pesakit kemungkinan meninggal dunia akibat mati otak.

Sekalipun teknik ini digunakan, pembengkakan otak juga boleh berlarutan hingga enam bulan. Sehubungan itu, lebih cepat tempurung kepala dibuka, peluang pesakit untuk sembuh lebih cerah.

Ini kerana, ia dapat membantu menurunkan tekanan pada otak, pada masa yang sama dapat memberi oksigen dan bekalan darah yang mencukupi untuk otak.

Bagaimanapun, segelintir pesakit yang pulih enggan menampal semula tempurung kepala ini. Sekalipun ia tidak menjejaskan kehidupan, mereka terdedah dengan risiko:

- Hentakan pada kepala - orang dewasa atau kanak-kanak yang baru belajar berjalan

- Sakit kepala apabila terkena cahaya matahari terik

- Perubahan atmosfera - menaiki pesawat, menyelam.

Pembedahan, hanya satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi pembengkakan otak terminal kerana hingga hari ini, belum ada ubat-ubatan yang begitu mujarab untuk meredakan otak yang bengkak.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0502&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_0

Darah beku punca sakit kepala

Darah beku punca sakit kepala

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

SIAPA sangka, bermula dengan masalah sakit kepala yang dianggap migrain, hanya dalam tempoh setahun kesan akibat masalah berkenaan menjadi lebih teruk.

Itu yang berlaku kepada Saiful Nizam Mohamad, 26, pada awal 2005. Tanpa menyedari masalah itu sebenarnya serius kerana membabitkan salur darah dalam otaknya, pada penghujung 2005 Saiful bukan saja tidak mampu menahan sakit, malah dia turut berdepan masalah baru apabila penglihatannya menjadi kabur dan tangan kanannya semakin lemah.

Kemuncak kepada masalah berkenaan ialah, satu ketika Saiful tidak lagi mampu bekerja, memandu kereta dan melihat makanan di depan mata.

Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV semalam, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu menemui Pakar Bedah Otak dan Saraf, Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Dr Abdul Muin Ishak bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Hasilnya, Saiful dikesan menghidap sejenis penyakit dikenali Arteriovenous Malformation (AVM) yang membabitkan masalah pembentukan salur darah tidak normal di bahagian otak. Lebih membimbangkan, salur darah itu pecah, mengakibatkan berlaku pendarahan dalam otak.
~ adakah anak aku ada penyakit nih???? tak pe, kita tunggu apa doktor kata lepas rawatan bulan 5 nnt (masuk wad lagi... huhuhuhuhu....)

Justeru, menurut Dr Abdul Muin, adalah penting Saiful menjalani pembedahan bagi membuang salur darah berkenaan sebelum berlaku komplikasi lebih teruk sehingga membawa maut.

Bagaimanapun, Saiful keberatan menjalani pembedahan apabila pelbagai pihak, terutama rakan, memberikan persepsi menakutkan terhadap kesan yang bakal diterimanya.

Namun selepas diberi penerangan rapi oleh doktor mengenai semua risiko yang mungkin berlaku, Saiful akur dengan nasihat doktor kerana jika penyakitnya dibiarkan tanpa pembedahan, risiko lebih besar menantinya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Muin berkata, berdasarkan pengalamannya, ramai pesakit tidak tahu mereka ada penyakit AVM dalam otak, menyebabkan 60 peratus pesakit berkenaan menjalani pemeriksaan doktor selepas berlaku pendarahan dalam otak.
~ erkkk?????

Katanya, penyakit AVM dikesan berpandukan simptom yang berlaku kepada pesakit.

“Selain simptom yang ada pada Saiful, ada juga pesakit AVM menderita masalah sawan.
~ anak aku dh diberi makan ubat sawan walaupon setakat nih dia tak de masalah nih...

“Berdasarkan kajian, pesakit AVM seperti Saiful yang kali pertama menderita penyakit berkenaan mempunyai 50 peratus kemungkinan menderita penyakit sama, malah boleh membawa maut,” katanya.

Sebelum pembedahan, Saiful menjalani pemeriksaan mata dengan pakar bedah mata, Dr Rozita Ahmad. Ini kerana, bahagian otak yang akan dibedah membabitkan bahagian otak yang mengawal penglihatan.
~ errrr.... tak pulak tapi 8 april nih mmg anak ada rawatan mata kali kedua.. kali pertama masa dlm wad tapi tak tau apa keputusannya sbb tak de sapa ikut dia g pemeriksaan...

Selepas pemeriksaan mendapati bahagian penting mata seperti kornea, urat mata dan retina dalam keadaan baik, tiada masalah untuk Saiful menjalani pembedahan.

Menurut Dr Abdul Muin, Saiful dibedah menggunakan kaedah craniotomy membabitkan pembukaan sebahagian kecil tempurung kepala.

Katanya, ia kaedah terbaik yang dapat menghalang pendarahan daripada berulang.

Pembedahan dimulakan dengan prosedur awal membabitkan pemberian bius dan mengambil alih pernafasan Saiful menggunakan mesin.

Sejenis alat dinamakan ‘mayfield head clamp’ kemudian digunakan bagi menstabilkan kepala dan menghalang sebarang pergerakan di kepala Saiful.

Untuk ‘melekatkan’ alat berkenaan, tebukan kecil pada bahagian kiri dan kanan kepala Saiful dibuat sebelum diikat menggunakan skru yang menembusi kira-kira dua milimeter ke dalam tempurung kepala.

Pembedahan terhadap Saiful perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti kerana bahagian bermasalah terletak berdekatan salur darah utama otak.

Disebabkan itu, selain menandakan bahagian kulit kepala yang akan ‘dibuka’ melalui kaedah insisi, Dr Abdul Muin menandakan salur darah itu bagi mengelak insisi dilakukan di bahagian berkenaan kerana sebarang kecederaan boleh membawa maut.

Suntikan bius setempat dan penggunaan klip khas yang bertindak mengecutkan salur darah dan mengurangkan pendarahan turut dilakukan pada bahagian kulit yang dibuka.

Pada masa sama, pemotongan lapisan bawah kulit kepala menggunakan alat ‘diathermy’ mampu menghentikan pendarahan berikutan ia bertindak membakar salur darah terbabit.

Sebelum tebukan pada tempurung kepala dilakukan, selaput pada tempurung dikikis. Empat tebukan menjadi panduan bagi Dr Abdul Muin bagi mengeluarkan tempurung kepala berkenaan.

Ia dilakukan menggunakan alat gergaji khas yang berkemampuan untuk memotong tempurung kepala.

Sebaik dikeluarkan, kelihatan otak Saiful mengalami tekanan tinggi dan menekan pada bahagian tempurung kepala.

Membran ‘dura’ yang melindungi jangkitan kuman pada bahagian otak kemudian dipotong untuk membolehkan bahagian sebenar otak Saiful ‘diteroka’.

Meskipun kedudukan salur darah bermasalah di bahagian otak Saiful dikesan melalui pemeriksaan pengimbas otak Imej Gema Magnetik Berfungsi (MRI) dan angiogram, saiz dan kedudukan sebenar salur darah itu hanya dapat diketahui ketika pembedahan dilakukan.

Memandangkan otak bahagian yang sangat sensitif, usaha mengesan salur darah dilakukan dengan berhati-hati tanpa membuang sebarang tisu di bahagian otak sehingga terpaksa mengambil masa lama.

Ketika proses mengesan dilakukan, sejenis cecair digunakan bagi memastikan otak sentiasa dalam keadaan basah kerana jika otak dibiarkan kering, salur darah mungkin mengembang dan pecah, mengakibatkan masalah pendarahan tidak terkawal.

Pada masa sama, dua pain bekalan darah diberikan kepada Saiful bagi menggantikan darah yang hilang ketika pembedahan.

Dalam tempoh dua jam, prosedur pembedahan yang dianggap paling kritikal dan berisiko itu berjaya dilakukan. Segumpal darah beku yang menjadi punca kepada masalah sakit kepala Saiful dan bahagian salur darah bermasalah ditemui.

Darah beku berkenaan berjaya dikeluarkan, manakala salur darah bermasalah itu dibakar menggunakan alat ‘diathermy’ dan turut dikeluarkan.

Selepas memastikan tiada pendarahan, membran ‘dura’ yang menyelaputi otak disambung semula, diikuti dengan ‘mengikat’ semula bahagian tempurung kepala yang dikeluarkan menggunakan empat plate dan lapan skru titanium.

Dr Abdul Muin berkata, tempurung kepala Saiful akan bersambung semula dan dianggarkan mempunyai tahap kekuatan seperti sedia kala dalam tempoh tiga hingga enam minggu.

Katanya, plate dan skru titanium yang digunakan pula dijamin selamat dibiarkan kekal di tempurung kepala Saiful.
~ errrkkk.... mak ckp, nurse ada bagitau dia pasal nih... skru tu akan diguna masa nk pasang balik tempurung kepala tu... yang nih, opis tak support sbb ianya peralatan... huhuhuhuhu... kena sedia RM banyak2 la pas nih...

Selepas lapisan dalam kulit dijahit menggunakan sejenis benang yang mampu larut sendiri, lapisan luar pula ditutup menggunakan ‘stapler’ untuk tempoh seminggu sebelum di buka semula, pembedahan Saiful selesai mengikut perancangan dalam tempoh lima jam.

Saiful yang ditemui wartawan Medik TV, Irin Putri Azmi tiga hari selepas pembedahan dilakukan, kelihatan ceria dan menunjukkan tanda semakin pulih daripada penderitaan dialami.

Untuk pulih sepenuhnya, Saiful dinasihatkan doktor supaya berehat dua bulan

di ambil dari : http://promote5.blogspirit.com/archive/2005/09/24/darah-beku-punca-sakit-kepala.html

Apr 1, 2011

anak...

uhh... dh beberapa ari letak gbr, ari nih baru nk tulis menulis.... ok lah, tulis berdasarkan gambar lah...


nih keadaan kepala anak aku lepas operate... nih dh beberapa ari lepas operate sbb kepala dh abih botak... masa baru lepas operate, kepala dia botak separuh je... gbr2 tu kat tipon mak... tak sempat nk amik... nih dh masuk wad neuro bukan kat icu pedriatrik...
akhirnya, anak bujang aku kena bagi candu nih... tu pun setelah buaian telah diharamkan untuk digunakan... comel plak nengoknya... tapi dia isap puting nih time nak tido je... pas dia dh pejam, "ptuih" katanya buang puting tuh.... yang nih sesaja ngengada je tuh nk bergambar....

exclusive... bukan senang nk amik gbr dia tengah sengih cm nih... pueh gak agah2 dia bagi senyum cm nih... akhirnya dapat gak... sweettttttt je aku nengok... hehehehehe....

nih gbr kepala dia dh buang jahitan... skeri hokay.... tapi takut ke tak, terpaksa la berani (tak pun buat2 berani)... alhamdulillah, tengok luka tu semakin kering dan ok...

nih masa baru kuar dr wad... kat umah umi kat rawang nih... tgk, anak bertuah nih nk main air liur... nak sembur2...

tapi tak jadi nak sembur sbb mama dia wat lawak, dia sudah gelak ini macam... uhhh.... ada lesung pipit dua2 pipi upanya... lesung pipit mama dia amik, dagu berbelah (cam siti nurhaliza tu) amik ayah ngan busu nyer, bulu mata panjang amik pak andak nyer, muka seposen amik papa nyer... uhh... suma dia amik... tamak sungguh...

haaaa... pas tu dia teruskan niat asalnya iaitu menyembur... berbuih2 air liur... iskkk... pengotornyeeerrrr..... inilah hobinya yang menyebabkan baju mama selalau basah kalau dokong dia.... mana nk tumpahnya air liur kalau tak kat baju mama kan zaid....

bila dh bosan tade sapa nk layan, dia wat keje nih plak... penuh mulut ngan tangan dia... anak sapa la agaknya nih.... tgk dahi dia... benjol kan... ari tu tanya doktor... doktor kata tak merbahaya cuma cecair dari otak g ke arah situ sbb tempurung kepala dia yg sebelah kiri tu tak de.... maknanya, tak de la yang menghalang cecair tu dari turun ke depan... cian anak...







Mar 24, 2011

siannnn anak....

aduhaiii.... penat betul seminggu nih... hari nih genap seminggu anak aku didaati ada darah beku kat otak kiri... ingat lagi petang khamis lepas g amik anak kat umah mak cik, dia tido je... angkat pun dia tak bangun... pelik gak sbb slalu time tu dia tgh tgg aku balik keje... mak cik ckp dia muntah banyak... sampai umh, aku bangunkan dia tapi dia dh terkulai... mata pun tak bukak... bila panggil nama dia, kakinya diangkat sikit... aku terus tipn asben, tgg asben balik terus bwk g klinik... doktor kat klinik srh bawak g spital terus...
kitaorg terus bergegas ke hspital selayang sbb anak ada rekod kat sana... masa kat wad kecemasan, doktor scan kepala anak, didapati ada darah beku yang banyak kat luar otak kiri dan darah tersebut dh tolak otak ke kanan... satu mlm gak arr dok kat kerusi kat wad icu tu sbb doktor kata lepas dia masukkan darah anak, kitaorg gerak ke HKL... upanya jam 7 pagi hari jumaat baru bertolak ke HKL...
sampai HKL jam 8, doktor pakar bedah dan doktor pakar bius bagi penerangan kat aku... tapi satu hapa pun aku tak leh pikir... yang aku ingat doktor kata otak anak aku dh bengkak dan sebahagian tempurung kepala kirinya akan di cabut sehingga otaknya kembali pulih baru di pasangkan semula.... pukul 10 anak aku di tolak ke dewan bedah... sebelum dibedah, anak aku dikomakan.. waktu nih aku ngan asben g tgk keadaan anak aku... walaupon dia telah di komakan, mata nya still sedikit terbuka dan pandang kami berdua... waktu tu aku dh tak leh tahan... kat situ gak aku menangis.... upanya asben aku pun sama nangis... apadaaaa.... sebelum di tolak ke dewan bedah, aku diberi peluang unuk cium anak aku... asben aku awal2 dh kuar sbb dia tak sampai ati nk cium...
pukul 1, selepas selesai di bedah aku di beri peluang tengok anak aku... aku bisikkan kata2 semangat pada dia... tiba2 anak aku sedar dan mula meronta2... nurse tegur aku supaya tak ganggu baby sbb dia baru lepas operate... aku ambil keputusan utk pulang ke rumah dan biarkan anak aku rehat...
isnin lepas anak aku di bawa ke wad biasa... kesan bius pun dh abis, anak aku mula menangis... mungkin sakit kot... aku minta tolong mak jagakan dia kat wad... so, jumaat hingga ahad aku plak yg stay kat wad dan mak balik umh akak utk rehat... abah datang ari tu pun, tak berenti2 abah nangis... sedih aku tgk abah... kini tempurung kepalanya masih di simpan dan jahitan di kepalanya sangat panjang... tp tgk perkembangan anak aku dr jumaat hingga ke hari nih, alhamdulillah, perkembangan yang sangat positif... dah geleng2 kepala, dh pandai nk dukung2, dh mula menyusu, dh selera makan, bila npk ayahnya dtg, mula angkat2 badan suruh ayahnya amik... mcm2 perangai yg dia wat sebelum bedah, dia ingat balik... dotor pun pesan suruh rangsang otaknya balik... harap anak aku jadi anak yang kuat dan tabah kemudia hari nnt... semoga anak aku cepat sembuh.... aminnn....

Mar 14, 2011

macam-macam....

sian tembikai a.k.a zaid, anak manja aku... khamis lepas dia demam... dua tiga ari sebelum tu aku dh perasan dia macam tak berapa sihat tapi nak buktikan tu tak dapat sbb aktif cam biasa.... last2 khamis pagi2 buta dia muntah terpancut2 kuar dari buaian... huhuhuhuhu... siannyaaa... pas tu aku angkat dia dari buaian, kanmain panas badan dia... pas tu, start merengek2 je la... patutla mlm tu dia tak berapa lena tido....

ari tu gak bwk g klinik... aku terpaksa cuti la... bapaknya plak lambat g bengkel akibat bawak anak g klinik.... 2 ari gak la aku cuti... mlm tu dia merengek2 je... pagi jumaat tu, aku dh siap2 nk g keje... dia leh merengek2... baring tak kena, masuk buaian tak kena, dukung tak kena... merengek2 je kejenya... badan still panas g... terpaksa cuti lagi la... tengah hari tu, npk perubahannya... berpeluh2 badan dia... alhamdulillah, sihat juga akhirnya...

sabtu mak ngan abah datang umah akak, kitaorg pn g umah akak gak... tido sana sbb ahad nk g kenduri kat puchong... sampai2 je umh akak, tembikai terkejut bila abg ame dia gomol2 dia... mlm tu panas balik badan dia... huhuhuhuhu... ubat tak bawakkkkk!!!!!!!! smalam balik je umh, terus bagi makan ubat... npk mcm ok dah... harap2 ari ni tak le panas dah badan dia...

sabtu tu, sementara anak tido, lepak2 tengok tv, tetibe teringat kat ucin pelat... ucin pelat nih sangat terkenal kat chenor, kampung jengka, kampung embun, sekara, paya pasir dan beberapa kampung berdekatan... ucin (husin) adalah seorang tua yang berkain pelikat lusuh, berbaju lusuh dan bersongkok lusuh, berjalan2 di sekitar chenor... dulu masa aku kecik2 aku slalu jumpa dia kat pekan sari chenor... dia bukan gila tapi dia cuma pelat dan masuk air sket... mana umah dia, aku pun tak tahu... tak penah amik taw pun... akak aku citer, masa dia kecik, ucin nih dh glamer kat chenor tu... aku ngan akak beza umo 14 tahun... zaman aku membesar, still ucin nih masih ada merayau2 kat chenor tu... bila zaman anak buah aku (anak sulong akak) belajor kat sekolah afzan, still ucin tu marayau2 lagi.... tapi budak2 nih agak kurang adab sket... ade ke panggil usin gila... ucin bukan gila... cuma ucin pelat je... (apa motip aku mempertahan ucin nih????)

macam mana agaknya keadaan dia skang?? masih hidupkah???? atau sudah meninggal??? jika hidup, macam mana la hidup dia... tinggal ngan sapa, sapa jaga makan minum dia, sapa yang jaga dia... kalau dah meninggal, macam mana keadaan dia meninggal??? keseorangan ke??? disamping saudara mara ke??? kat mana kubur dia??? ucin nih leh dianggap lagenda kat chenor nih... bape zaman yang kenal ngan dia... bayangkan la, berpuluh2 tahun dia dikenali cuma tak dikormesilkan je... sapa anak jati chenor dan kawasan sekitar kalau tak kenal ucin pelat nih, tak yah la ngaku anak chenor....

hahahahaahhaha... apa yang aku merepek petang2 hari nih.... dah la... nk kemas2 nk balik dh nih... kang lambat kuar kang, jem plak... tak larat kaki aku nk menempuh jem berjam2 kat tgh jln tu... kalau keta aku auto ok la sket... ok lah... chow chin chaw.... papai...

Dec 2, 2010

coret-coretan...

dah lama aku terpikir nk story kat sini tapi baru hari nih aku betul2 yakin nk tulis... sebenarnya tak de apa2 pun yang menarik yang nk aku citerkan.... cuma aku selalu terpikir, bila kita lihat seseorang itu bergembira, ketawa ceria seperti tiada masalah membelengu, pernahkan kita terfikir, berapa RM kah yang ada dlm dompet duit dia???

bukan aku busy body tapi itulah hakikat yang nk aku ketengahkan di sini... bape org antara kita dgn tidak segan silunya berkata, "hari nih aku ada cuma RM1 sja dlm beg aku nih".... tak de kan... kalau ada pun amat jarang kita dgr.... dan selalunya dlm beg duit mmg ada RM1 tapi dlm akaun bank ada ratus2 atau ribu2 lagi.... tahukah kita bahawa kawan yg berada di hadapan kita sekarang mungkin mmg tiada duit pun dlm beg dan dalam akaun??? tapi kenapa dia sentiasa ceria dan ketawa seperti tiada masalah kalau tak de duit....

teringat kat Puan Norma yang ikut penceramah baru2 nih kat opis aku... Puan Norma nih just snap gambar kitaorg je tapi pengalaman hidup yang dia ceritakan membuatkan aku teruja... dia dh pergi ke serata dunia... macam2 pengalaman pahit manis dia dh tempuhi.... dia cerita dia pernah tak cukup duit utk mengembara.... untuk bayar tol pun dia tak mampu... ketika itu aku terdengar suara2 kecil mengatakan "eh, cam ne sampai duit tol pun tak de??? boleh hidup ke tak de duit??" tapi Puan Norma cakap, dia tetap keluar mengembara... kalau tak de duit bayar tol, naik bas... kalau tak de duit nk bayar tambang bas, jalan kaki... janji kita rasa bahagia apa yang kita lakukan... ye, betul tu... kita mesti rasa bahagia dalam apa jua kita lakukan... adakah duit itu masih penting??? adakah duit itu kebahagiaan???

mmg duit itu penting... semua org perlukan duit... aku pernah terbaca tapi tak ingat di mana... duit bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit... eerrrmmmmm..... jika seseorang tak 'berduit' apakah dia tak layak untuk bahagia??? dan jika seseorang yang kaya raya dan banyak duit itu adakah dia dah cukup bahagia??? adakah sosilawati cukup bahagia mempunyai duit yang banyak sehingga dia mati dibunuh dengan kejam????

kadang2 aku tak paham dgn perangai sesetengah orang terutamanya yang ada kat sekitar aku nih... jika kita mendapat maklumat seseorang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, kita selalu dermakan duit kan??? kadang2 kita nk membantu tapi kita sendiri kekurangan duit utk membantu... mcm mana tu??? ada manusia2 sekitar aku nih bila keadaan ini berlaku, dan ada antara kawan2 yang tak menderma, dikatakan kedekut... tak pun diperli2 kawan tu... mungkin mmg ada yang kedekut duit untuk menderma, tapi dia tak harus terus menghukum seseorang itu kalau tak tahu keadaan sebenar... tak semua orang sentiasa senang...

pernahkah kita terfikir kawan kita tak ada duit untuk makan??? mmg setiap kali ajak makan, mungkin alasan yang diberikan "diet" ataupun "dah kenyang"... tapi dibelakang kita, kawan kita tu menangis menahan kelaparan dan minum air masak setiap kali perutnya berbunyi minta makanan... sedih kan... orang yang mempunyai harga diri tak mungkin akan meminta2.... dia tak kan beritahu masalah dihadapinya kecuali kepada kawan karibnya... tapi, pernahkah kita terfikir semua itu??? padahal ia terjadi kepada kawan yang berada dihadapan kita.... kenapa kita tak pernah fikirkan??? sebab dia sentiasa ceria dan bahagia.....

ok lah... cukuplah sampai sini dulu kang mengarut2 lagi citer yang keluar.... peristiwa2 yang aku citerkan tadi semua aku dah tempuhi... tapi seorang pun tak tahu... kenapa??? sebab aku bukan jenis manusia yang meminta2.... apa-apa pun fikirlah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk... insya allah jika aku senang sikit, aku tak lupa kawan2 yg banyak membantu aku dan kawan2 yang dalam kesusahan... diaorang tak buleh tipu aku ngan alasan2 yang diberi sbb aku faham apa yang diaorg lalui.... okeylah chow...